Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 7, 2019 @ 6:48pm

Selepas Minggu Fesyen, Yuna Di Festival Muzik Batik Pula!

Bila mendengar lagu ‘Dan Sebenarnya’ dari Yuna sewaktu awal pembabitannya dalam bidang seni suara, mungkin sudah dijangka bahawa anak kelahiran Kedah ini boleh melangkau jauh dalam dunia muzik kerana suaranya yang unik tetapi siapa sangka yang satu hari nanti namanya disanjung di luar Malaysia.

Pernah mendapat anugerah Penyanyi Malaysia Paling Berjaya dari Malaysian Book of Records pada 2016, album ‘Chapters’ dari Yuna juga pernah menembusi senarai ‘Top 10’ carta Billboard bagi Album R&B Terbaik dan tangga ketujuh bagi Critic’s Pick. 

Pada 5 Oktober yang lalu, Yuna telah dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Batik (Batik Music Festival) yang berlatar belakangkan Candi Prambanan, Yogyakarta, Indonesia bersama-sama artis antarabangsa seperti Kenny “Babyface” Edmonds, Katherine McPhee Foster dan suaminya, David Foster, Pia Toscano, Nick Zavior dan birasnya, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari. 

Apa yang menarik perhatian adalah pakaian berunsurkan batik penyanyi bernama Yunalis binti Mat Zara’ai ini…tradisional namun kontemporari. So chic!

Yuna Zara’ai dan Pia Toscano

Yuna dan Katherine McPhee Foster, bekas peserta American Idol yang juga merupakan isteri kepada komposer dan pemuzik, David Foster

David Foster & Friends -BCL, Yuna dan Kenny “Babyface” Edmonds

Bukan itu sahaja, kesemua artis dan penonton yang hadir diwajibkan memakai pakaian batik bagi meraikan Hari Batik Nasional yang jatuh pada 2 Oktober dan secara tidak langsung memartabatkan batik Indonesia sebagai warisan dunia.  Ini termasuklah artis-artis yang membuat persembahan seperti Marcell, Raisa, BCL, Yuna, Yovie & His Friends, dan David Foster & Friends. 

View this post on Instagram

Batik yang dikenakan menambah keanggunan @yuna ketika berduet dengan @davidfoster di panggung Special Show Batik Music Festival ⠀ Batik Music Festival 2019 “HITMAN David Foster & Friends x Yovie & His Friends” Prambanan Temple Yogyakarta ⠀ === ⠀ Promoter : @RajawaliIndonesia ⠀ Co-Promoter : PT. TWC @BorobudurPark ⠀ Sponsored : • @asuransi.jasaraharja_putera • @bankbri_id • @bankbtn • @garuda.indonesia • @semenindonesia • @official.jasamarga • @pelindo3 • @pt.pupukindonesia • @ap_airports • @kenesfood ⠀ Official Online Ticket Partner : @tiketapasaja by @melonindonesia ⠀ Official Offline Ticket Partner : Silol Kopi & Eatery – @silolkopi Jl. Suroto, Kotabaru, Yogyakarta ⠀ Hotline : 08-222-666-4343 ⠀ Info lengkap seputar Batik Music Festival bisa diakses melalui akun @BatikMusicFestival ⠀ #RajawaliIndonesia #BorobudurPark #Music #Concert #WorldHeritage #RicommSquad #11TahunRajawaliIndonesia #BatikMusicFestival

A post shared by Batik Music Festival (@batikmusicfestival) on

BCL dan Raisa

BCL semasa persembahannya di Batik Music Festival

Para penonton yang wajib berpakaian batik!

Yuna semakin pantas menjadi ikon gaya bagi Malaysia dan dunia apabila menjadi jemputan ramai pereka-pereka fesyen semasa Minggu Fesyen di New York, Paris, Milan dan baru-baru ini telah dilamar agensi model bertempat di New York, Wilhelmina Models. 

Baca: Kejutan Yuna! Dari Pentas Nyanyian Ke Pentas Peragaan

Baca: Dari KL Ke Mata Dunia, Poster Yuna Di Tengah Bandar New York Memang Win Habis!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

那英暌违17年再度来马开唱!明年216「攻」上云顶飙唱

天后驾到!暌违17年,华语乐坛天后那英明年2月16日将来大马举办《那英那世界巡回演唱会》!届时那英会飙唱多首属于她的经典歌曲,与大马粉丝度过一个难忘的情人节。

Hiburan Tue, 20 Aug 2024
Hiburan Tue, 27 Aug 2019
LIFESTYLE Wed, 28 Mar 2018

Hanya Guna Vending Machine, Korang Dah Boleh Beli Kereta…

Menerusi aplikasi berkenaan, pembeli harus menyatakan waktu penghantaran kereta. Bagi tujuan keselamatan, pembeli harus selfie terlebih dahulu bagi memastikan penghantaran dibuat kepada individu yang tepat.

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Sat, 21 Jun 2025
Kisah Viral Wed, 21 Sep 2022
error: Content is protected !!