Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 9, 2019 @ 12:50pm

Kejayaan Neelofa Berkat Doa…?

Hubungan rapat pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Nor dengan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed bukanlah rahsia. 

Sering mendoakan kejayaan dan keselamatan anaknya yang kerap mengembara atas urusan kerja, ramai yang dambakan ibu seperti Datin Kartini yang selalu mengingati anak-anak dan mend0akan yang terbaik buat mereka. 

Kemenangan Neelofa baru-baru ini di Monte Carlo, Monaco apabila menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco, menambahkan rasa bangga dan syukur Datin Kartini terhadap rezeki anaknya itu. 

Baca: Tahniah Neelofa Menang Lagi, Kali Ini Di Monte Carlo Pula!

“Masha-Allah Taniah..Syukur Ya Rabb dengan kurniamu Masha-Allah tiada kata yang dapat diucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa..

“Janji Allah sesiapa yang membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa,” kongsinya. 

 
 
 
View this post on Instagram

MashaAllah Tahniah ❤️.. syukur Ya Rabb dengan karuniamu mashaAllah tiada kata yg dpt di ucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa.. janji Allah sesiapa yg membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya.. @neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa.. apa yg dilakukan selalu di katakannya love buat untuk mama.. masyaAllah inilah yg dikatakan sejuk perut ibu mengadung .. anak yang taat penuh kasih sayang .. mama love you dan selalu bangga dengan love .. moga Allah qabulkan segala doa love, capaikan segala hajat love dan sempurnakan segala cita2 love.. selamat pulang ke malaysia love, moga Allah karunia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dgn sehat dan bahagia juga di angkat darjat love setinggi tingginya.. Amiin Allahumma Amiin???

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Datin Kartini yang memanggil Neelofa dengan panggilan manja Love turut mendoakan agar selamat pulang ke Malaysia selepas beberapa minggu merantau dan memenuhi undangan di serata dunia. 

“Moga Allah kabulkan segala doa love, capaikan segala hajat love dan sempurnakan segala cita-cita love..

“Selamat pulang ke Malaysia love, moga Allah kurnia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dengan sihat dan bahagia, juga di angkat darjat love setinggi-tingginya.. Amiin Allahumma Amiin,” luah ibu Neelofa ini. 

Kedua-dua ibu dan anak ini juga merupakan usahawan yang hebat dan baru-baru ini mereka telah bergandingan untuk menghasilkan lip-matte jenama Young & Glow X Neelofa yang telah pun dilancarkan.

Baca: Gandingan Hebat Kolaborasi Ibu Dan Anak, Young And Glow X Neelofa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

‘Tak Boleh Bayang Sambutan Raya Tahun Ini’- Izzue Islam

Sambutan hari raya Aidiladha yang cukup berbeza tahun ini, sabar lah ya Izzue…

Featured Sat, 4 Jun 2022
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

TECH Thu, 20 Dec 2018

4 Tips Memilih Casing Telefon pintar yang Tepat

Selain berfungsi untuk melindungi, casing juga boleh mencantikkan telefon pintar kesayangan. Namun, jangan salah langkah untuk memilih aksesori ini yang kini mula kembali disukai banyak penyuka alat.

Featured Mon, 17 Oct 2022

“Nak Bawa Beg Sekolah Pun Tak Larat” – Almy Nadia Berang Guru Sekolah Anak Suruh Kurus

Alahai… Kesiannya Adrina sayang 🥺 Awak tetap comel di mata Min ok, makan tau ❤️ Belajar rajin rajinnn

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

“Jangan Rendahkan Nilai Mereka” – Yuna Tegur Syarikat Besar Tawar Bayaran Separuh Harga Kepada Artis

Yuna meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan sesetengah pihak yang hanya menawarkan separuh daripada kadar bayaran yang diminta artis.

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!