Euforia Bola 2026
Automobile By: SGMS Fas February 15, 2018 @ 3:16pm

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

Sempena cuti Tahun Baru Cina ini sudah tentu ramai yang pulang ke kampung menjadikan lebuhraya Utara Selatan dan  Timur Barat  sesak. Bahkan, jalan-jalan persekutuan pun apa kurangnya.

Dengan kenderaan bertali arus tanpa henti ada baiknya periksa dahulu kondisi  kereta seperti minyak hitam, air, brek dan tayar. Jangan lupa juga untuk periksa angin pada  tayar spare di belakang bonet. Manalah tahu buatnya pancit di tengah jalan, bila nak ganti dengan tayar  spare dah tak ada angin pula. Buang tenaga dan masa nak tunggu bantuan tiba.

Kesimpulannya, jika semua sudah berada dalam keadaan baik dan minyak tanki pun dah penuh, jangan pula lupa pada keadaan diri sendiri . 

Larat ke nak memandu meredah jammed  berjam-jam?  

Gambar Hiasan: Imagewa.com

Sebaiknya jangan paksa badan sekiranya penat tetapi jika perlu juga memandu sekali pun lebih baik  baca terlebih dahulu beberapa tips yang disarankan oleh syarikat pemotoran, Nissan di bawah ini.

  1. Cari lokasi selamat

Bila mata dah rasa layu dan mengantuk sebaiknya rehat buat 30 minit. Carilah lokasi yang mudah untuk parkir kereta seperti  di kawasan ‘R&R’ (Rawat & Rehat) atau jika memandu di jalan kampong  boleh berehat di kawasan masjid, restoran, stesen petrol atau mana-mana ruang lapang yang selamat.

  1. Hindari kawasan berisiko

Jangan  sesuka hati beristirehat di bahu jalan atau di tepi kerana  ia berbahaya dan kemungkinan besar berisiko dilanggar  kereta yang terbabas.

Selain itu, perlu ingat jangan parkir di   tempat sunyi  seperti pinggir taman, hutan, mahu pun  bangunan kosong kerana tempat begini sering menjadi sasaran perompak.

  1. Sembunyikan Barang Berharga

Sembunyikan barang berharga yang mengundang orang berniat jahat. Simpan dompet, bag tangan, telefon bimbit, wang dan sebagainya di bawah kerusi atau laci kereta. Malah lebih baik lagi, bawa dan simpan dalam bag tangan atau poket.

Dan, jika tidak mahu cermin kereta dipecah, kosongkan semua barang di atas dashboard memandangkan ia mudah dilihat dari luar. 

  1. Buka cermin tingkap

Buka cermin tingkap  sedikit, kira-kira tidak melebihi jua jari  untuk sirkulasi udara.

  1. Matikan enjin dan penghawa dingin

Ada banyak kejadian pemandu  meninggal dunia akibat tertidur di dalam kereta yang dalam keadaan enjin dan penghawa dingin masih hidup. Keadaan itu amat berbahaya kerana  hawa di dalam kereta boleh  mengeluarkan racun gas monoksida.

  1. Kunci Semua Pintu

Apabila hendak tidur jangan lupa mengunci kesemua empat-empat pintu  bagi mengelak diganggu anasir jahat.

  1. Cari Tempat Teduh

Bila  beristirehat di siang hari, carilah tempat yang tidak hanya selamat  tetapi juga teduh supaya anda rasa nyaman waima kereta pun tidak akan kepanasan.

  1. Atur Posisi Kerusi

Ubah posisi kerusi kereta pada kedudukan yang selesa untuk beristirehat. Tolak kerusi sejauh mungkin ke arah belakang dan rebahkan sandaran punggung   pada kedudukan paling nyaman bagi tubuh.

Ingat malang tidak berbau!  Pandu cermat, jiwa selamat!

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 3 Jan 2018

9 Langkah Mudah Mengatasi Telefon Pintar terkena Air

Tips yang betul kalau telefon pintar anda terkena air

TECH Tue, 7 Aug 2018

这只「胡萝卜」能自动为花草浇水

很多人喜欢在家里养些鲜花和绿植,不过照顾它们需要时间和耐心,如果经常忘记浇水,植物可能要不了几天就打蔫儿了。

TECH Mon, 24 Jun 2019

「有了这个行李箱」就可以带着衣柜去旅行了

出门旅行最头疼的是小小的行李箱,无法满足美美的衣服的存储空间,而且一不小心好看的衣服好要被弄得皱皱巴巴的……

TECH Thu, 23 Jan 2020

Cara Mencipta & Menghantar Gmail Secara Berkumpulan

Senangnya hantar email sebegini!

TECH Tue, 2 Oct 2018

iPhone XS自带美颜?专业人士:只是HDR的附加效果

近期iPhone XS「自带美颜事件」引发了国内外网友讨论,现在相机App Halide的研发人员通过研究测试发现,所谓「自带美颜」实际上是「更好更积极的降噪,以及曝光合成后锐度降低」导致的。

TECH Sat, 21 Apr 2018

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai […]

TECH Fri, 6 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2018

Sedar tak sedar bahtera 2018 sudah memasuki separuh masa kedua pelayarannya.  Dalam 6 bulan yang pertama yang lepas, kita boleh lihat pembuat telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model terbaik mereka. Apa model terbaik yang untuk bulan […]

TECH Tue, 24 Jul 2018

「1秒内瞬间充饱手机」超级量子电池将问世

澳洲研究人员正在研发全球第一款「量子电池」号称不到一秒就能完成充电,而大型的量子电池,甚至还能成为新能源储存的新解决方案。

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Fri, 13 Apr 2018

Akibat Kesilapan ‘Typo’ Seorang Pekerja, Samsung Rugi RM 543 Billion

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua […]

error: Content is protected !!