Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 21, 2019 @ 2:29pm

Jennifer Lawrence dan Cooke Marooney Kini Suami Isteri!

Pelakon terkenal Hollywood dan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy tahun 2012, Jennifer Lawrence (29) dan pasangannya, Cooke  Marooney (34), seorang ‘art dealer’ telah mengadakan majlis perkahwinan tertutup Sabtu lalu. 

Majlis resepsi itu dihadiri oleh 150 orang tetamu termasuklah selebriti-selebriti seperti, penyanyi bersuara lunak Adele, pelawak Amy Schumer,pelakon Emma Stone,  dan ibu kepada adik beradik Kardashian, Kris Jenner.

Menurut laporan PEOPLE, majlis itu telah diadakan di Belcourt of Newport, sebuah rumah agam  mewah di Newport, Rhode Island dan pengantin telah memilih persalinan Dior untuk hari bahagianya. 

Pasangan ini bertemu pada Jun 2018 dan menurut sumber yang rapat dengan Jennifer, mereka telah bertunang pada Februari lalu.

“Saya baru sahaja berkenalan dengan Cooke pada waktu itu tetapi saya amat selesa dengannya sehinggakan saya terfikir untuk mengahwininya.  Dia seorang yang sangat baik, mungkin yang paling baik yang pernah saya ketemu.  Saya rasa sangat beruntung dan tidak sabar-sabar untuk menjadi seorang Marooney. He’s my bestfriend…” kongsi Jennifer apabila ditemubual pengacara Catt Sadler Jun lalu.  

Pada September, beberapa foto mereka di luar pejabat pendaftaran perkahwinan Manhattan di mana Jennifer dilihat tersenyum di samping Cooke Marooney, tersebar dan desas desus bahawa mereka telah berkahwin hangat diperkatakan. 

 
Sumber foto: Instagram @people

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Featured Thu, 12 Dec 2024

Zahnita Wilson Akui Berdepan Halangan Bertemu Anak-Anak Termasuk Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing

Kata Zahnita, dia tidak tahu menahu mengenai sebab sebenar dia diminta melakukan ujian saringan tersebut.

Featured Mon, 29 Aug 2022

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Fuhhh letupan tu semua real tau! Rugi kalau tak tengok.

Hiburan Sat, 17 Jun 2023
Hiburan Fri, 27 Sep 2024

Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

Mahkamah turut memerintahkan PU Azman menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan

error: Content is protected !!