Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Faida October 23, 2019 @ 1:00pm

Aplikasi Ditutup Sementara…Sistem Pos Malaysia Digodam?

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) terpaksa menutup beberapa sistem dan aplikasi perkhidmatan dalam talian milik syarikat itu susulan masalah teknikal dihadapi sejak semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa sistem dalaman kendaliannya yang berisiko mengalami masalah teknikal.

Susulan itu, Pos Malaysia terpaksa mengambil langkah proaktif dengan menutup sistem serta aplikasi berkenaan bagi menangani masalah terbabit dengan segera.

“Pos Malaysia mengalami masalah teknikal luar jangka yang menyebabkan sistem tergendala sementara.

“Langkah proaktif sudah diambil dengan menutup beberapa sistem dan aplikasi, kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” katanya.

Difahamkan, susulan gangguan sistem itu, satu laporan polis turut dibuat wakil Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

Dipercayai bahawa laporan itu dibuat berikutan kemungkinan wujudnya unsur mengaitkan masalah sistem itu dengan tindakan digodam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Azizan Abu Taat mengesahkan ada menerima laporan mengenai gangguan teknikal berkenaan.

Menurutnya, kes itu dirujuk kepada CyberSecurity Malaysia untuk siasatan lanjut bagi menentukan punca sebenar gangguan teknikal dialami syarikat terbabit.-Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Nov 2018

Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Smartphone dengan 4 kamera utama mungkin menjadi realiti tidak lama Lagi.

TECH Sat, 14 Jul 2018

Cara Mencegah Virus Pada PC Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Cara memastikan komputer anda bebas dari virus yang ada dalam komputer anda.Sangat mudah dan senang.

TECH Thu, 28 Jun 2018

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Menghampiri bulan Ogos menandakan satu perkara, peranti utama kedua dari Samsung iaitu Galaxy Note 9. Peranti yang bersaiz lebih besar dari siri Galaxy S itu akan diumumkan oleh Samsung Electronics dalam satu acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos 2018. Agak […]

Automobile Wed, 18 Jul 2018

Bagaimana Cepat Padam Fail Duplicate pada Android

Aplikasi ini akan memudahkan kami untuk mengenal pasti imej, audio, fail video untuk menduplikat dokumen dan kemudian memadamkannya dari telefon pintar Android kami.

TECH Mon, 9 Apr 2018

Cara Kosongkan Storan Android Yang Penuh Kerana Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk memadam fail  dalam peranti pintar yang anda terima daripada Whatsapp.

TECH Sat, 25 Jan 2020

Cara Mengukur aras ketinggian Menggunakan iPhone

Kepada anda yang memerlukan maklumat tentang ketinggian berdasarkan aras laut, berikut kami kongsikan cara untuk mengukur aras ketinggian menggunakan peranti iphone. Pertama sekali pasang aplikasi My Altitude pada peranti iPhone. Sekiranya anda menggunakan iphone 7 dan keatas […]

Automobile Thu, 26 Apr 2018

水温(Water Temperature)过高究竟有多伤引擎?

相信许多人都听过引擎的水温过高,也就是俗称的“水滚”会伤引擎,不过你知道过高的水温究竟对引擎的危害有多大吗?

TECH Thu, 25 Oct 2018

Media Prima与DailyMotion合作!电视节目全球化

来西亚最大的综合媒体集团——首要媒体有限公司更上一层楼,与视频共享平台Dailymotion联手合作,把首要媒体电视节目内容上载至其串流平台,供全球每月超过3亿的用户观赏。

TECH Sat, 11 Aug 2018

Cara Menghapus Aplikasi Bawaan di Android Tanpa Root

Jika smartphone Anda termasuk yang memiliki banyak bloatware dan ingin menghilangkannya

TECH Tue, 19 Dec 2017

休想再洗我版!脸书推出「打盹」新功能

脸书(Facebook)日前宣布“打盹”(Snooze)新功能,用户可在帖文右上角的选项,选择暂停追踪朋友、粉丝专页或社团长达30天;不用再担心只能使用封锁或是暂停追踪方式,又被对方发现的尴尬状况。

error: Content is protected !!