Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops January 29, 2018 @ 2:00pm

Berbuat Baik Panjangkan Usia

Menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja sesuatu yang mulia, malahan boleh memanjangkan usia juga, menurut satu kajian. Kajian oleh Sonja Hilbrand yang diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behaviour mendapati mereka yang sesekali menjaga cucu hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak.

Penyelidik meneliti data survival lebih 500 orang berumur dari 70 hingga 103 tahun. Mereka merupakan datuk dan nenek yang bukan penjaga utama cucu-cucu mereka namun masih menjaga cucu secara berkala. Penyelidik juga melihat kepada mereka yang tiada anak yang menjaga orang lain dalam lingkungan sosial sendiri.

Kajian berkenaan dibuat selama hampir 20 tahun. Penyelidik mendapati datuk nenek yang menjaga cucu mereka dan orang dewasa yang membantu anak mereka yang sudah juga dewasa, lebih berkemungkinan untuk hidup 10 tahun lebih lama selepas temuduga pertama sebelum permulaan kajian itu.

Dalam kalangan mereka yang tidak membuat penjagaan ini, separuh daripada mereka meninggal lima tahun selepas permulaan kajian.

Walaupun menjaga mereka yang bukan keluarga sendiri, ianya mempunyai manfaat untuk melanjutkan usia. Orang dewasa yang menjaga sesiapa dalam rangkaian sosial mereka pula hidup 7 tahun lebih lama selepas temuduga pertama. Mereka yang tidak pula hanya hidup secara puratanya 4 tahun selepas itu.

Beberapa kajian menunjukkan penjagaan boleh menambah baik fungsi kognitif datuk dan nenek serta mengurangkan risiko tekanan. Malahan kajian juga membuktikan penjagaan walaupun bukan ahli keluarga turut menawarkan faedah serupa.

Kajian berkenaan tidak boleh mengesahkan penjagaan secara mutlaknya melanjutkan usia, namun bukti menunjukkan dengan adanya lingkungan sosial, hasil yang bermanfaat akan diperoleh.  Penyelidik percaya emosi positif yang dialami daripada menolong orang lain akan melawan efek negatif seperti tekanan.

Kajian lebih terperinci mungkin diperlukan untuk memahami mekanisme menyeluruh tentang faedah kesihatan dari sudut menolong orang lain.

Kajian itu bagaimanapun turut menyatakan penjagaan secara sepenuh masa boleh mencetuskan tekanan dan keseimbangan masa untuk diri sendiri masih penting untuk kehidupan sempurna. Namun, apa yang pasti, amalan membantu yang lain menjamin manfaat kepada kesihatan dan memanjangkan usia.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

12 Foto Cara Pembungkusan Bahan Makanan Yang Kreatif! No. 7 Paling Genius

Pandai sungguh orang-orang yang mereka bentuk packaging ini.

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Gaya Hidup Sat, 29 Dec 2018
Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

5 Cara Mudah Kempiskan Perut

Perut buncit memang menjengkelkan ramai wanita kerana ia membuatkan penampilan kelihatan kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika ingin mengenakan busana yang mengikut bentuk badan. Selain itu, perut buncit juga menimbulkan rasa kurang selesa apabila perlu duduk […]

Featured Fri, 17 Jan 2020
Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

error: Content is protected !!