Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Enal October 12, 2019 @ 12:42pm

Gula Sebenarnya Penyebab Gout Juga!

Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia sememangnya dikenali sebagai ‘syurga makanan’ kerana mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman hasil daripada perpaduan yang dikecapi diantara kaum yang menetap di Malaysia.

Siapa sahaja yang tak suka makan bukan? Kalau duduk sahaja di restoran mamak, menu yang biasanya akan dipesan oleh rakyat Malaysia pastinya nasi kandar bersama dengan teh ‘o’ ais. Namun perlu sentiasa beringat bahawa menu tersebut bukanlah menu yang sihat untuk diamalkan setiap hari.

Kesan daripada pengambilan makanan yang tidak sihat khususnya yang mengandungi gula yang banyak, boleh memudaratkan kesihatan anda. Antara penyakit yang bakal diperolehi sekiranya mengambil gula yang berlebihan secara berterusan adalah kencing manis dan gout.

Gout adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada sendi akibat pengumpulan asid nitrik. Untuk mengetahui penyakit gout dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh Hospital Sentosa ini seperti berikut:

Adakah anda tahu, gula boleh menyebabkan gout?

Adakah anda tahu, gula dalam minuman manis menyebabkan gout? minuman berkarbonat, teh tarik, kopi panas, jus buah di pasaran dan pelbagai makanan manis yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tetapi tahukah anda bahawa semua minuman tersebut boleh menyebabkan anda menghadapi gout?

Apakah itu Gout?

Gout merupakan penyakit yang melibatkan keradangan pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik. Ketika mana asid urik tinggi di dalam darah, ia akan meresap ke dalam bahagian sendi dan bertukar menjadi kristal jika kepekatannya terlampau tinggi.

Kristal ini akan dikesan sebagai objek yang asing bagi sel darah putih. Maka, secara beramai-ramai sel darah putih akan keluar daripada salur darah dan melekat kepada kristal asid urik ini untuk menghapuskannya.

Selain daripada itu, sel darah putih juga akan mengeluarkan pelbagai kompaun termasuk protein imun untuk memanggil lebih ramai sel darah putih untuk datang.

Ia seperti panggilan kecemasan untuk semua petugas keselamatan datang ke tempat tersebut. Bahkan kompaun tersebut juga akan menyebabkan saluran darah dikawasan tersebut membesar.

Hasilnya, kawasan itu akan menjadi merah, bengkak dan panas. Selain daripada itu, sel darah putih juga akan merembeskan satu kompaun bernama prostaglandin.

Kompaun prostaglandin inilah yang akan menyebabkan reseptor yang mengesan rasa sakit mencetuskan impuls ke otak. Hasilnya, pesakit akan merasa sakit yang melampau dibahagian yang bengkak.

Bagaimana gula menyebabkan penyakit gout?

Perlu diketahui bahawa terdapat pelbagai jenis gula seperti glukosa, fruktosa, galaktosa, laktosa, maltosa, sukrosa dan banyak lagi.
Gula yang spesifik menyebabkan masalah gout adalah satu sahaja iaitu FRUKTOSA.

Gula seperti glukosa dan galaktosa akan menghasilkan tenaga dalam bentuk kompaun ATP(adenosine triphosphate) dengan sempurna. Akan tetapi, dalam penguraian fruktosa, ia terpaksa menggunakan tenaga terlebih dahulu, ATP akan digunakan hingga menjadi AMP(Adenosine monophosphate).

Kompaun AMP inilah yang menjadi bahan mentah untuk menghasilkan lebih banyak urik asid. Lebih banyak anda mengambil gula fruktosa, lebih banyak terhasilnya urik asid dan menyebabkan anda senang diserang gout terutamanya mereka yang pernah mempunyai sejarah diserang gout

Kenapa perlu guna gula fruktosa dalam produk makanan atau minuman?

Gula fruktosa digunakan dalam banyak produk makanan kerana ia mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Malah rasanya lebih manis daripada jenis gula yang lain menyebabkan penggunaannya disukai oleh orang ramai.

Dengan kuantiti yang sedikit dapat menghasilkan rasa manis yang kuat. Oleh itu, kos untuk menghasilkan sesuatu makanan ataupun minuman dapat dikurangkan dengan banyak malah ia boleh dihantar jauh tanpa rosak.

Sebagai tambahan, gula fruktosa yang selalu digunakan adalah berasal daripada kanji jagung. Setelah kanji itu diproses, ia akan menghasilkan gula fruktosa yang dipanggil sebagai ‘Sirap jagung tinggi fruktosa'(high fructose corn syrup). Bahan ini sangat meluas digunakan di eropah.

Kajian tentang fruktosa dan gout?

Ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa pengambilan fruktosa yang tinggi menyebabkan kadar serangan gout meningkat. Pada tahun 2008, satu kajian yang mengambil masa 12 tahun telah menemukan bahawa pengambilan air berkarbonat meningkatkan risiko untuk mendapat serangan gout.

Lagi banyak seseorang itu ambil minuman berkarbonat dalam sehari, semakin meningkat risiko untuk mendapat gout. Bukan itu sahaja, Jus buah yang dipasarkan dalam kotak berserta jus buah segar daripada buah yang mempunyai kandungan fruktosa yang tinggi juga meningkatkan risiko untuk menghadapi gout.

Beberapa kajian yang telah dilakukan di US menunjukkan peningkatan serum asid urik dikalangan penduduk mereka saban tahun. Bukan itu sahaja, pertambahan serum asid urik ini juga mempunyai kaitan dengan pertambahan rakyat yang obes, menghidapi kencing manis dan juga darah tinggi. Semua penyakit ini dikaitkan dengan pengambilan gula(high fructose corn syrup) yang berlebihan

Makanan yang tinggi fruktosa?

Terdapat beberapa makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan fruktosa. Sebagai contoh

* Minuman berkarbonat
* Gula-gula
* Yogurt yang di maniskan lagi
* Roti
* Buah dalam tin
* Jus buah
* Cereal
* Makanan ringan seperti biskut, chocholate dan sebagainya
* Minuman tenaga
* Ais krim

Kebanyakkan daripada makanan ini sebenarnya sudah mempunyai jumlah fruktosa yang rendah. Tetapi ada yang ditambah dengan gula frukotsa lagi untuk memaniskan makanan tersebut.

Sebagai contoh Jus buah. Di dalamnya sudah mempunyai sejumlah kandungan fruktosa, tetapi kebanyakkan pengilangan akan menambahkan gula fruktosa lagi ke dalam minuman tersebut untuk memaniskan rasa jus buah itu.

Kesimpulan

1.Gula fruktosa terbukti menyebabkan serangan gout malah dikatakan ia mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar obesiti dan penyakit kronik dikalangan masyarakat. Oleh itu, pengguna perlulah memeriksa label makanan sebelum membelinya

2.Dan perlu diketahui bahawa gula fruktosa juga terdapat banyak dalam makanan yang semula jadi seperti buah-buahan dan juga madu.

3.Keburukan gula fruktosa pada satu sisi bukan menyuruh kita untuk memulaukan semua makanan yang mempunyai gula fruktosa. Tetapi untuk kita faham bahawa bagi setiap permakanan perlunya ada kawalan. 4.Bukan setakat itu, ia juga perlu diharmonikan lagi dengan senaman yang kita perlu buat dalam waktu seminggu.

Nasihat kami, kurangkanlah manis dalam makanan. Lebihkan manis dalam senyuman.

Sumber: Hospital Sentosa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 19 Jul 2018

SAH, Kasut Sekolah Hitam Bermula Tahun Depan!

Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi. No more kapur kasut lepas ni okay, adik-adik!

LIFESTYLE Sat, 12 Jan 2019

Makan Sushi Boleh Melindungi Dari Penyakit Bahaya?

Bahan Utama Dalam Kebanyakkan Sushi Boleh Melindungi Anda Daripada Beberapa Risiko Penyakit Berbahaya

LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

Pisang Hijau Ada Kelebihan Buat Kesihatan

Ini bukan bermaksud pisang hijau adalah pisang mentah. Pisang hijau ini pun mempunyai manfaat dan kelebihan untuk kesihatan.

LIFESTYLE Wed, 2 May 2018

Sebelum Kematian Berlaku Persediaan Yang Perlu Ada

Persediaan sebelum menghadapi mana mana kematian ahli keluarga mahupun rakan taulan

Fab Foodies! Mon, 6 May 2019

Break Fast with a Wide Variety of Malaysia’s Best Dishes at Makan Kitchen, Melaka

You can find almost all of local favourites in one place.

LIFESTYLE Sun, 13 Oct 2019

Sesetengah Juling Boleh Dirawat Sebelum Usia 6 Tahun

Permaisuri Kongsi Pengalaman Juling Masa Kecil

LIFESTYLE Sat, 2 Nov 2019

Punca Saluran Darah Di Otak Tersumbat Kerana Darah Tinggi Tak Terkawal

Apa itu darah tinggi? Tekanan yang dikenakan terhadap pembunuh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau dikenali hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa […]

Fab Foodies! Thu, 18 Apr 2019

Celebrate this Egg-static Easter Sunday with Some Good Food at DoubleTree by Hilton JB

There are even fun activities like colouring, egg painting and egg hunting for the kids!

Fab Foodies! Wed, 15 Aug 2018

「保持头脑清醒」利用黄豆预防癌症!

黄豆富含丰富的营养素,例如维生素、矿物质、纤维质和抗氧化剂等等,其功效有助于降低抑郁症罹患风险、提高智力及预防癌症等等。

LIFESTYLE Wed, 31 Jan 2018

日本环球影城「哈利波特禁忌之旅完整版」3月16日正式开放

日本环球影城的哈利波特魔法世界主题园区从2014年正式启用后,就成为乐园内最受欢迎的主题乐园之一,近日日本环球影城宣布,从3月16日起,旅客将可以体验完整版「哈利波特禁忌之旅」,而且不用戴3D眼镜,就能体验超高临场感的魔法世界之旅。

error: Content is protected !!