Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal October 15, 2019 @ 12:37pm

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Insiden kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) adalah amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan pihak terbabit.

Makluman secara bertulis tersebut adalah bagi menjawab soalan ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebelum ini. Daripada jawapan KKMM itu, beliau menyatakan kebimbangan dan berpendapat insiden itu serius kerana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Sebanyak 46.2 juta set data yang terbocor, ia lebih daripada jumlah semua rakyat Malaysia, ia sangat serius, rakyat Malaysia mengharapkan suatu penjelasan berhubung kebocoran data peribadi mereka,” Ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada soalannya semalam berhubung bagaimana Nuemera (M) Sdn Bhd, yang dilantik kerajaan untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), gagal menjamin keselamatan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi, sehingga maklumat itu bocor.

Walaubagaimanapun, menurut beliau tindakan terburu-buru tidak boleh diambil buat masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

Dalam jawapan bertulis itu juga pihak KKMM memaklumkan bahawa kerajaan telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn Bhd, dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Jul 2018

Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India

India merupakan pasaran ketiga terbesar bagi industri telekomunikasi dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia bukanlah pasaran yang terbaik bagi syarikat pengeluar peranti paling bernilai di dunia untuk tahun 2018, Apple Inc. Ini kerana menurut laporan Bloomberg, […]

TECH Thu, 2 Aug 2018

Menambah Baik Penerimaan Isyarat Pada Peranti Mudah Alih

Masalah “signal” yang lemah pada peranti pintar sememangnya tidak asing lagi, Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba sekiranya penerimaan isyarat adalah lemah.

TECH Thu, 13 Dec 2018

脸书推出类似抖音的短影音服务!企图挽回青少年的心

脸书发表一款名为「Lasso」的短影片应用程式,功能几乎完全复制中国目前最火红的社群软体「抖音」!

TECH Fri, 26 Jan 2018

Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?

TECH Wed, 18 Jul 2018

Akibat Menggunakan Cheat Untuk Bermain PUBG, 141 Pemain Ditangkap Pihak Berkuasa

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih senang dipanggil PUBG, merupakan permainan multiplayer kegemaran ramai ketika ini. Permainan popular ini tidak terlepas dari penggunaan cheat dan sejak Januari lalu, sejumlah 141 orang sudahpun ditangkap kerana mengguna serta menjual cheat. Kesemua […]

TECH Tue, 1 Jan 2019

Cara Pasang Poni ala iPhone X di Semua Android

Mari kita cuba pasang poni ala iPhone X

TECH Wed, 11 Jul 2018

Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38

Syarikat telco yang menawarkan pelan internet tanpa had dengan bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Terdahulu, U Mobile hadir dengan pelan internet tanpa had Giler Unlimited bersama yuran langganan sebanyak RM30 sebulan. Dilihat seolah-olah […]

TECH Sun, 11 Aug 2019

Cetak Laman Sesawang Tanpa Sebarang Iklan

Cara mencetak paparan laman sewsawang tanpa sebarang gangguan iklan.

TECH Thu, 22 Aug 2019

10月起大马全面停播类比信号!数码信号取代告别「雪花」时代

政府将在10月起,将全面停播类比信号电视,并以数码信号取而代之。

TECH Sun, 25 Aug 2019

Cara Menghapus Data Aplikasi di Smartphone Android

Selain guna Clear Cache boleh juga guna cara ini

error: Content is protected !!