Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 5, 2019 @ 4:28pm

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

11 tahun bergelar janda, penyanyi cantik Yuni Shara mengaku tidak pernah malu membawa status itu.

Kata kakak kepada diva Indonesia, Kris Dayanti ini, dia menasihatkan kepada semua ibu tunggal di luar sana agar tidak perlu rasa malu bergelar janda.

“Saya perlu beritahu ini, jangan pernah malu jadi janda. Kerana ada waktu waktu kita tak pernah tahu, pasangan kita akan terus ada bersama kita atau sebaliknya.

“Jangan malu. Saya selalu sokong golongan ibu tunggal untuk terus bekerja dan tidak bergantung pada lelaki,” katanya kepada TribunnewsBogor.com.

Dalam sebuah temubual berbeza dengan Ussy Sulistiawaty pula, Yuni memberitahu dia tidak ralat hidup bersendiri dengan kehadiran dua lelaki penting dalam hidupnya.

“Anak-anak saya, Cello dan Cavin juga melarang untuk bercinta lagi. Ini kerana saya pernah sempat bercinta dengan beberapa lelaki sebelum ini dan terkandas di tengah jalan.

“Mereka tidak mahu lihat saya terluka lagi,” katanya.

Yuni sebelum ini pernah berkahwin dengan Henry Siahaan selama 13 tahun dan bercerai.

Kemudian, Yuni bercinta dengan pengacara, Raffi Ahmad selama empat tahun dan putus sekitar tahun 2014.

Selepas putus dengan Raffi, Yuni mengaku lebih selesa hidup solo di samping anak-anaknya.

“Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay. Yang jelas, saya mohon yang terbaik sahaja,” jelasnya yang reda dalam soal jodoh.

Tak apalah mbak Yuni, kumbang bukan seekor. Orang cantik, baik seperti dia pasti bertemu lelaki yang baik juga, kan? Doakan mbak Yuni okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 May 2018

Alycia新歌《坏话》被电台禁播

入围「娱协30」新人推荐奖的Alycia相隔多一年终有新作,惟其中的《坏话》 却因歌词内容,遭到电台禁播。

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

暗中感受《黑暗心乐会》为视障朋友带来光明

《黑暗心乐会》结合音乐表演,声音体验、心灵疗愈的完美交融,首个完全由视障者参与制作、表演的声演会,前所未有的视觉革命!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Siapa Cepat Dia Dapat’- Ifa Raziah Nafi ‘Sailang’ Penganjur Lain

Saya faham dengan keadaan para peniaga yang perlu mengambil-kira soal kos dan untung. Jadi saya tidak akan terlalu ‘menekan’ mereka.

error: Content is protected !!