Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 5, 2019 @ 11:35pm

Perkahwinan Itu Penuh Pengorbanan -Kim Kardashian

 Selebriti Hollywood, Kim Kardashian menyifatkan perkahwinannya selama lima tahun bersama penyanyi rap, Kanye West sebagai penuh dengan pengorbanan terutama sekali kerana Kanye kini sudah berubah dan ingin lebih mendekatkan diri kepada tuhan. 

Baca:Kanye West Nekad Tinggalkan Kerjaya Rap?

Memetik laporan eonline, Kim berkata perkara yang paling sukar untuk mereka mencapai kata sepakat adalah tentang cara-cara mendidik anak-anak mereka, North (6), Saint (3), Chicago (22 bulan) dan Psalm (5 bulan).
 
“Anak-anak kami semakin membesar dan Kanye  kini lebih prihatin tentang apa yang dimiliki dan dibenarkan di rumah. Kami telah mengeluarkan televisyen dari bilik anak-anak dan peralatan mekap dari bilik anak kami, North.
 
“Dia berpendapat sebagai seorang ayah, dia seharusnya lebih tegas dan memantau apa yang anak-anak kami lihat di rumah. 
 
“Saya mahu menghormati diri dan perasaannya, dan dia kini sedang melalui satu fasa perubahan dalam hidup,” jelas Kim. 
 
Walaupun dia menghormati Kanye sebagai suami, Kim berkata “I’m always going to be me.” Justeru itu jika mereka berbalah dan berselisih pendapat, Kim mengatakan selepas mereka duduk berbincang, dia akan sentiasa menyokong tindakan suaminya  kerana “at the end of the day, that’s what marriage is.“

“Apa-apa pun, saya rasakan perjalanan spiritual Kanye adalah sesuatu yang indah dan saya percaya ia adalah satu contoh yang baik untuk keluarga kami. Mungkin ada perkara yang dilakukannya tahun lepas, dia tak mungkin lakukan sekarang. 

“Ada ketikanya kita perlu tegas tetapi masih perlu rasa selesa dengan apa yang kita lakukan. Walau apapun saya akan mendengar pendapat dan keluhannya dan akan seterusnya akan berkompromi dengan kehendak suami,” kata Kim lagi.

Baca: Kim Kardashian Terima Hadiah Harijadi Paling Bermakna Dari Kanye

Sumber Foto: Instagram @kimkardashian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Jodoh Tak Salah Alamat ‘buah tangan’ terbaru Akim

Telefilem terbaru arahan Raja Mukhriz bertajuk Jodoh Tak Salah Alamat adalah ‘buah tangan’ terbaru Akim yang akan mula bersiaran awal tahun 2018 nanti.

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Alvin Wong Mengaku Terima Impak ‘Lain Macam’

Dalam kumpulan itu ada hampir 15 orang dan hanya dua orang berbangsa Cina. Dari situ saya belajar fasih berbahasa Melayu. Kalau nak diikutkan, dulu saya lebih fasih

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Semoga permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

Hiburan Thu, 6 Dec 2018
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Catriona Ross Diburu Anak Ikan?

Peminat mesti pandai menilai antara realiti dan fantasi

error: Content is protected !!