Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal November 9, 2019 @ 9:35am

Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertama Di Asia Tenggara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS) untuk mewujudkan studio Asia Tenggara pertama di Malaysia tahun depan bagi syarikat utama industri permainan video global itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata kerjasama itu merupakan pengiktirafan besar terhadap Malaysia sebagai nadi industri permainan video di rantau ini.

“Dengan penubuhan studio itu, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan SIE WWS untuk mencipta lebih banyak peluang untuk industri permainan video tempatan dan rantau ini.

“Kita bersama akan berusaha memajukan kumpulan bakat di Malaysia selain mengadakan perkongsian dengan rakan kongsi pendidikan tempatan,” katanya semasa berucap di Level Up KL 2019 di sini, hari ini.

Level Up KL 2019 merupakan acara industri utama Asia Tenggara bagi pembangun permainan video anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).

Gobind berkata kerjasama dengan SIE WWS bertujuan memastikan pertumbuhan pesat industri permainan video di negara ini dapat disokong.

Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn Bhd (SIE WWS Malaysia) akan menyediakan perkhidmatan hasil seni dan animasi sebagai sebahagian aktiviti SIE WWS bagi membangunkan judul eksklusif global bagi platform PlayStation.

Gobind juga berkata Dasar Ekosistem Kreatif Digital (DICE) baharu yang akan menumpukan pengukuhan industri kandungan digital akan dilaksanakan tahun depan.

“Dasar baharu ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan industri kandungan digital menerusi usaha yang ditetapkan untuk menarik lebih banyak pelaburan, tempatan dan asing dalam membangunkan dan meningkatkan syarikat dan bakat tempatan,” katanya.

DICE juga bertujuan memantapkan ekosistem kandungan digital dan membolehkan lagi kemajuan penyelidikan pasaran serta pembangunan kandungan baharu serta pada masa sama meningkatkan potensi eksport produksi berkenaan.

Dari segi eksport, Gobind berkata menurut Laporan Industri Tahunan dan Sukuan MSC Malaysia, eksport permainan video meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 118 peratus kepada RM681 juta bagi tempoh 2014 hingga 2018.

Landskap domestik juga mempunyai 53 studio dengan kebanyakannya membangunkan permainan video tempatan dan mencipta harta intelek selain membimbing bakat untuk projek tempatan dan antarabangsa, katanya.

“Tidak dinafikan lagi industri ini kini menjadi pemacu penting bagi ekonomi digital kita.

“Selain itu, menjadi penekanan utama seterusnya adalah ramai anak muda kita amat berminat, dari segi pilihan kerjaya,” katanya.

Acara tahunan Level Up KL merupakan sebahagian mandat MDEC untuk menerajui ekonomi digital Malaysia menerusi pertumbuhan industri permainan video negara.

Matlamatnya adalah mewujudkan platform untuk pemain permainan video, pembangun permainan video, korporat dan e-sukan, bagi membolehkan semua pihak memanfaatkan pasaran hiburan terbesar itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi utama Malaysia.

Level Up KL 2019 berlangsung dari 2 hingga 10 Nov ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti dari dan untuk industri permainan video Asia Tenggara serta orang ramai.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Apple Mahu Menghentikan Pengeluaran iPhone X dan iPhone SE

Semua sedia maklum bahawa Apple akan memperkenalkan tiga model baru peranti iPhone mereka pada tahun ini. Keluaran kali ini diharapkan dapat mengembalikan prestasi jualan mereka ke tahap terbaik selepas sambutan terhadap iPhone X dilihat agak kurang memberansangkan. […]

TECH Thu, 5 Jul 2018

Asus Zenfone 5Z Diperkenalkan Di India Dengan Harga Serendah RM 1,760

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa peranti kelas perdana terbaru dari Asus, Zenfone 5Z akan mula berada di pasaran India pada 4 Julai ini. Sehubungan dengan itu, peranti tersebut telah pun mula disenaraikan di pasaran Flipkart dengan harga serendah 29999 INR(~RM […]

TECH Sat, 18 Jan 2020
Automobile Tue, 3 Apr 2018

史上最贵休旅车! Karlmann King让你化身蝙蝠侠

地表上最贵的休旅车,是Bentley、还是Lamborghini?答案是Karlmann King!

TECH Thu, 5 Jul 2018

Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Selepas Vivo memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada peranti X20 Plus UD, beberapa pengeluar lain turut menggunapakai teknologi itu pada peranti mereka. Sebuah lagi syarikat pengeluar dari China iaitu Meizu, juga tidak mahu ketinggalan dari menggunakannya. […]

TECH Wed, 12 Sep 2018

史上最酷的球鞋诞生!让你走路自带动画的Shiftwear

热衷于收集球鞋的人绝对不能错过这双!来自纽约的创业团队—ShiftWear 开发出一款号称史上最酷的球鞋,鞋面两方搭载「电子墨面板」,透过操作专属APP,不仅能轻松更换鞋身的图案设计,还能放上一段动画。

TECH Thu, 21 Feb 2019

Your Creativity Could Just Win You a Bunch of Steam Vouchers and Exclusive Accesses

You could be one of the few lucky people to game on the latest Legion device before anyone else in Malaysia!

Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

TECH Sat, 9 Mar 2019

Tips Cas Bateri Phone Dengan Cepat!

Bila bateri telefon makin kurang pasti mencari cara untuk mengecas dengan cepat (supercharging).

error: Content is protected !!