Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal November 12, 2019 @ 12:40pm

Bagaimana Microsoft Jepun Naikkan Produktiviti Syarikat?

Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda pasti menginginkan cuti yang panjang dan ‘lari’ sebentar daripada kesibukan dan tekanan kerja namun apalah daya kebiasaannya cuti yang diperoleh hanya selama dua hari.

Lain pula dengan syarikat Microsoft di Jepun yang melakukan ‘eksperimen’ terhadap cuti pekerjanya dan berjaya membuktikan bahawa bekerja selama 4 hari menjadikan lebih produktif selain membuatkan setiap pekerja lebih gembira dan yakin.

Menurut Microsoft, produktiviti syarikat itu meningkat sebanyak 40 peratus apabila pekerja hanya perlu datang bekerja daripada hari Isnin sehingga Khamis dan bercuti pada Jumaat hingga Ahad.

Selain diberi cuti selama tiga hari, pekerja juga masih menikmati gaji lima hari bekerja walaupun hanya perlu ke pejabata selama empat hari.

Program dipanggil sebagai ‘Work Life Choice Challenge’  membenarkan pekerja mereka untuk mengurangkan waktu bermesyuarat dan memberi respon kepada email-email yang berkaitan dengan kerja.

Selain Microsoft, restoran burger di Las Vegas , Shake Shack juga mula mencuba kaedah ini untuk menarik minat pekerja baharu.

Menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), produktiviti akan lebih meningkat jika sesebuah syarikat membenarkan pekerjanya bekerja dalam tempoh waktu yang singkat.

Bekerja lebih masa berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar penyakit, kecederaan, penambahan berat badan, penggunaan rokok dan alkohol serta kesan yang paling teruk ialah boleh membawa kepada kematian.

Sumber: Market Watch

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 27 Nov 2018

Cara Menambah Baik Kualiti Video HDR pada Windows 10

Kepada anda yang gemar menonton filem yang berformat HDR, berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan kualiti video tersebut pada Windows 10.

TECH Sat, 1 Jun 2019

Swafoto Lebih Baik Dengan Samsung Galaxy Note9, Bukan Kerana Kameranya Tapi…

Apa yang menjadikan Samsung Note9 dapat menghasilkan gambar yang cantik?

TECH Fri, 26 Apr 2019

HappyFresh Partners With AEON to Deliver Groceries to More Malaysians

A wider range of groceries as well as wider area for delivery.

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

TECH Mon, 9 Jul 2018

Beli Honor 7s Hari Ini Dan Dapatkan Kad Mikro SD Bernilai RM40 Secara Percuma

Mahu beli telefon pintar kelas bajet hari ini? Mungkin anda boleh mempertimbangkan Honor 7S. Peranti ini pertama kali dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Jun yang lepas, kini ditawarkan dengan dengan hadiah percuma berupa kad Mikro […]

TECH Fri, 22 Nov 2019

Cara Mengubah Warna Latar Belakang Gambar Kepada Putih

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Automobile Fri, 27 Jul 2018

Love Cars and Bikes? Then You HAVE to Go to Art of Speed 2018

It’s all about hot engines and sexy builds.

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

TECH Wed, 24 Jul 2019

Muat Turun Aplikasi di App Store Hingga 200MB

Untungnya buat pengguna Apple kan?

error: Content is protected !!