Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 14, 2019 @ 1:25pm

‘Henti Banding Saya Dengan Dia’- Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengaku ada segelintir peminat yang sering membandingkan dirinya dengan Alif Satar ketika di pentas pengacaraan.

Kata Nabil ketika ditemui Xtra, dia tidak berkecil hati dengan pendapat netizen yang suka membuat perbandingan sebelum ini.

“Nanti orang cakap saya ‘propa’ pula bila cuba menjadi Alif Satar ketika di pentas. Masing-masing ada keunikan sendiri. Saya sedar ramai menegur tindakan saya yang kadang-kadang ‘over’ sikit di pentas.

“Sudah enam tahun saya mengacara program Gegar Vaganza dan saya selesa untuk kekalkan sikap gila-gila saya sekarang. Paling penting saya tahu batas sebagai seorang pengacara di sebuah acara live. Ini cara saya manakala Alif ada cara tersendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu sebuah syarikat televisyen satelit berbayar di Sunway Pyramid semalam.

Tambah bapa tiga anak ini, ‘usikan’ yang dilontarkan di pentas mendapat lampu hijau lebih awal sebelum acara bersiaran langsung.

“Saya tahu apa yang saya cakap ketika di pentas. Orang selalu tanya, ‘Tok Ram tak kecil hati ke dengan gurau kau tu’.

“Jujurnya kami sudah berbincang pada sesi rehearsal, Sabtu iaitu sehari sebelum acara berlangsung. Apa yang dia tidak suka atau rasa tak kelakar, dia akan beritahu saya. Jadi tiada istilah dia kecil hati atau terguris dengan usikan ketika di pentas,” jelas Nabil.

Macam cantik, lawak juga sangat subjektif. Bergantung kepada penerimaan anda…ada yang boleh terima, ada juga sebaliknya, kan?

Bak kata Nabil, terima dengan minda terbuka. Kalau tak bergurau, tak meriah lah pentas nanti kan?

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

20 Tahun Berkahwin, Akhirnya Pelawak Terkenal Ini Nekad Bercerai

Sule dan Lina bernikah pada 17 Februari 1998 dan dikurniakan empat orang anak di mana salah seorangnya merupakan penyanyi terkenal, Rizky Febian.

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Syoknya Street Racing?

Street racing biasanya dijalankan di atas jalan raya, pinggir bandar dan juga di atas lebuhraya. Contohnya, perlumbaan street racing dapat dilihat dalam filem Fast & Furious dan Need For Speed.

Hiburan Fri, 22 Jul 2022

[VIDEO] “Hampir Setiap Hari Dia Dipukul Hanya Disebabkan.…” – Saksi Dedah Kisah #JusticeForAlia

Allahuakbar 😭 Mangsa turut dipukul menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan dicucuh pemetik api.. 😣😣😣

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

error: Content is protected !!