Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 21, 2019 @ 9:04am

Kereta Terbang Tak Dibenarkan Terbang, Betul Ke?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan pihaknya masih belum memberi kebenaran untuk sesi pandu uji super dron atau kereta terbang UAS E-Hang 216 (EH216) yang dijangka dilakukan di Subang.

CAAM dalam satu kenyataan menyatakan, lokasi sesi tersebut berada berhampiran dengan laluan penerbangan komersial dan trafik helikopter.

Menurutnya, ia juga berada dalam kawasan Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pemantauan ketat Kawalan Trafik Udara.

“Tambahan pula, EH216 hanya menyerahkan Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Civil Aviation

Administration of China yang terhad untuk menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

“CAAM juga sedang menyiasat penerbangan demonstrasi tidak sah melibatkan EH216 pada 15 November lepas di lokasi sama dalam Lapangan Terbang Subang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa dalam negara, namun penerbangan pandu uji dan demonstrasi perlu dilakukan mengikut peraturan bagi memastikan keselamatan terjamin.

Baca : Ujian Penerbangan Kereta Terbang Malaysia Akan Dilakukan Minggu Ini·

“CAAM juga ingin menyatakan bahawa kami terbuka untuk mempertimbangkan permintaan untuk penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai dan dengan sokongan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, sesi pandu uji kereta terbang yang dikhabarkan berlangsung esok akan dibuat secara tertutup tanpa penglibatan media.

Menurutnya, undangan hanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikannya.

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 12 Aug 2022

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Siapa bakal menjadi Terpaling Juara? Korang rasa penyanyi otai atau bintang baharu?

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Mon, 3 Oct 2022
Hiburan Tue, 24 May 2022
Hiburan Mon, 28 Oct 2024

Bakal Jayakan Konsert Sumandak Stars… Salma Asis Hanya Jalankan Tugas, Enggan Masuk Campur Isu Hangat

Salma dapat tawaran jayakan konsert Sumandak Stars selepas Stacy undurkan diri.

error: Content is protected !!