Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 2, 2019 @ 12:05am

Taufiq Hanafi Jadi Penggali Kubur?

Pelakon dikenali dengan watak Ustaz dalam filem aksi hebat Paskal, Taufiq Hanafi akui rasa ‘seram’ apabila berpeluang menjayakan pementasan teater Siapa Tuan? Err… Mat Janggut, Mat Misai? di Dewan Masjid Abdul Rahman bin Auf, pada Sabtu, semalam.

“Sejujurnya saya rasa seram sebab buat latihan hanya tiga jam sahaja sebelum terus membuat persembahan teater itu.

“Saya ditawarkan watak sebagai Haji Mat Derani, seorang penggali kubur yang peramah, selepas pelakon asalnya terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir,” katanya.

Taufiq akui walau pun mempunyai pengalaman bermain di pentas teater sebelum ini tetapi inilah pertama kali graduan Aswara itu mencabar diri untuk menguji keupayaan sebenar sebagai pelakon.

Katanya, walau pun situasi itu perkara biasa dalam dunia lakonan TV dan filem, di pentas teater adalah jauh berbeza.

Apatah lagi, teater memerlukan pelakon untuk menghafal skrip yang mempunyai dialog panjang tanpa berhenti berbanding lakon TV dan filem yang mempunyai tempoh rehat dari babak ke babak.

“Tapi persembahan teater ini sangat seronok sebab bekerja dengan barisan pelakon yang profesional, jadi sangat senang bekerja.

“Apa pun sejujurnya memang sangat gementar sebab latihan sangatlah sekejap!” katanya bakal muncul dalam sebuah teater bergenre muzikal di Istana Budaya pada Januari 2020.

Selain itu, dia juga sedang persiapkan diri untuk dua tawaran filem baru genre aksi komedi dan aksi drama selain program travelog serta drama TV pada tahun depan.

Pementasan teater Siapa Tuan? Err… Mat Janggut, Mat Misai? arahan Endy Ashari turut dijayakan pelakon baru, Said Ismail dan Ewan Mohamad adalah karya agung sasterawan negara, Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah atau dikenali sebagai Kemala.

Teater terbitan Zeel Production itu akan dipentaskan semula di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam jam 8.30 malam pada 2 Disember, Isnin ini.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @taufiqhanafi11

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 20 Sep 2018

Netizen Terkejut Nampak Najib Razak Bersendirian Dalam Masjid?

Dalam masa sama, laman Instagram Najib Razak dipenuhi dengan pelbagai reaksi termasuklah komen kecaman dan sebaliknya.

Featured Thu, 22 May 2025

Fesyen Tudung Dikritik, Tya Ariffin Titip Kata-Kata – “Kesempurnaan Hanyalah Milik-Nya”

Tya menitipkan pesan agar netizen sentiasa berfikiran positif.💅🏻✨

Featured Tue, 10 Dec 2024

Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Rozita Che Wan diserbu oleh pihak Majlis Amanah Raya (MARA) akibat gagal membayar hutang pinjaman

LIFESTYLE Sun, 9 Sep 2018

Ciri-Ciri Pasangan Main Kayu Tiga

Tanda-tanda pasangan curang boleh dikatakan klise dan selalu dilakukan oleh pasangan yang pernah curang sebelum ini

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
error: Content is protected !!