Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 17, 2019 @ 5:15pm

Ada Ibu Bapa Tak Setuju, Wajibkan ‘Car Seat’ Bulan Januari 2020

Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan.

Malahan, kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia ini juga harus mengikut standart yang telah ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.

Oleh itu,  perkara tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang sudah membeli kerusi keselamatan kanak-kanak namun tiada surat kelulusan komponen (CTA). Dimana kerusi keselamatan tersebut tidak lulus untuk digunakan.

Menerusi perkongsian Chienta Mul’aien di akaun Facebooknya, dia tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan itu oleh beberapa faktor.

Antaranya bebanan kos yang perlu ditanggung jika mempunyai jumlah anak yang ramai serta jenis kenderaan yang digunakan.

Saya kena kecam katanya saya tak sayang anak sebab tu anti “car seat.” Bercakap pakai air liur tak kena bayar sebab tu ramai yang senang ja bercakap. Dia anak seorang so dia kata “nak seribu daya tak nak seribu dalih.”

Saya bukan anti car seat. Anak saya yang baby pun saya letakkan dalam car seat ya. Cuma saya terkesan dekat sini bila peraturan car seat ni diwajibkan pada 1 Januari 2020. Faham tak 1 Januari tu apa???

Time tu la ibu bapa berikat perut nak sediakan pakaian baru kasut baru beg sekolah baru untuk anak-anak sekolah, yuran sekolah lagi. Anak seorang bolehlah cakap. Ala banyak mana sangat. Habis kalau dah 3, 4, 5 orang anak yang sekolah macam mana??

Car seat murah?? Dah tak payah post beli kat sini murah sana murah. Murahlah kalau anak seorang. Kalau ikutkan piawaian yang sesuai paling murah car seat yang diluluskan RM250-RM 300 x 3 orang dah brapa? Itu belum ambil kira had umur yang ditetapkan lagi. Akak ni nasiblah tinggi 150 cm kalau rendah sikit rasanya dengan akak-akak kena pakai car seat (cuba korang bayangkan akak dalam car seat).

So tolong masuk group car seat ya. Itu baru untuk seorang anak. Kalau dah ramai anak macam mana nak sediakan benda-benda tu dalam 1 masa???

Ini masuk bab kereta pula. Anak 3-4-5 orang ni macam mana?? Kalau dah pakai kereta kecil, nak letak mana car seat tu? Atas bumbung kereta kah? Nak balik kampung bapak bawa anak-anak naik kereta. Mak kena naik bas dengan anak yang lain sebab tak muat lepas letak car seat (dalam bas pun wajib ada car seat sebab banyak juga kemalangan melibatkan bas) Tu tiket bas sapa nak belikan?? Kena keluarkan kos lagi.

Penyelesaiannya kena beli kereta besarlah ye. Macam orang tu komen semalam boleh upgrade van second. Wah! Hebatnya kamu, yakinnya kamu. Kalau bulan-bulan awak yang bayarkan. Aishhh tak ada hallah. Hari ni kita deal van baru ok, siap ada yang komen nak keluar tinggal anak yang besar-besar kat rumah. Aihhh kalau dah semua kecik-kecik macam mana? Hahaha. Kalau tinggalkan anak kat rumah, dijamin diorang selamat tak ada apa-apa berlaku senanglah kan. Ke kau nak tolong ngasuh anak akak??

Tahun depan balik kampung nak pergi mana-mana mak abah adik tak boleh tumpang dah sebab kereta penuh car seat. Jadi orang kedekutlah kita tahun depan ye.

Tolonglah, jangan bercakap ikut sedap mulut seolah-olah kami ni mak bapak yang tak sayang nyawa anak. Cuma pertimbangkanlah keadaan rakyat yang tak berkemampuan ni. Pandang dari sudut lain sama. Ni kalau ada yang kecam lagi lantak kaulah ye. Aku luahkan apa yang aku rasa.

“Buat yang nak beli preloved, car seat pun ada tarikh luput, sila cek”

Rata-rata ramai ibu bapa yang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Puan Chienta di ruangan komen:

Sumber: Chienta Mul’aien

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 16 Sep 2018

Jeruk Kulit Limau Dari China Dikesan Ada Plumbum

Sebuah produk jeruk kulit limau yang berasal daripada China dikesan mengandungi plumbum melebihi had yang ditetapkan, menurut laporan akhbar tempatan, South China Morning Post. Produk yang terkenal di negara Tembok Besar itu turut dipasarkan kepada […]

Fab Foodies! Sat, 30 Jun 2018

Tips Agar Makan Malam Tidak Jadi Lemak

Alih-alih penurunan berat badan tidak menjadi tetapi berat badan kamu pula meningkat. Antara tips agar makan malam tidak jadi lemak 

LIFESTYLE Thu, 26 Dec 2019
Fab Foodies! Tue, 9 Jan 2018

爱吃这十种食物的人「少生病,易长寿」

健康长寿该怎么吃?长寿老人的饮食吃什么?养生学家和营养学家在大量调查中发现,长寿老人的日常饮食有十大爱好。

Fab Foodies! Wed, 18 Sep 2019

做错「这些事」你吃的鸡蛋都浪费了!

别再落入误区!做错这4件事,你吃的鸡蛋根本浪费了。

FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

LIFESTYLE Tue, 29 Oct 2019

小心!你也有可能得了抑郁症

每年的10月10日是世界精神卫生日(World Mental Health Day),而今年世界精神卫生日的主题是「预防自杀」。到底什么是抑郁症 ?你又有多了解呢?

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

LIFESTYLE Tue, 23 Jul 2019

Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

Events Thu, 14 Mar 2019

Tosca at Double Tree by Hilton Melaka Brings You a Reversal 5-Course Meal

Enjoy a delicacy of Italian dishes served backwards!

error: Content is protected !!