Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal November 4, 2019 @ 9:48am

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata langkah itu bertujuan bagi memperkemas usaha mengurangkan penggunaan plastik di negeri ini.

“Dulu kita benarkan pasar raya kutip dengan harapan mereka buat program CSR (tanggungjawab sosial korporat) untuk pemuliharaan alam sekitar, tetapi kita dapati tidak semua pasar raya melaksanakannya.

Disebabkan itulah bermula tahun depan, PBT di seluruh Selangor akan melaksanakan sendiri kutipan caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik di pasar raya dalam memastikan ia mencapai objektif dikehendaki,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hee berkata pihaknya akan membentang satu kertas kerja pada minggu depan berkaitan agihan caj kutipan tersebut dengan meletakkan satu klausa baharu di dalam semua lesen perniagaan PBT.

Katanya menerusi klausa itu, PBT akan melaksanakan kutipan caj tersebut berdasarkan jumlah beg plastik yang dibeli oleh premis pasar raya berkenaan daripada pengilang.

“Sekiranya pasar raya gagal mematuhi peraturan berkenaan, PBT boleh mengeluarkan kompaun kepada pihak terlibat dan wang kutipan caj 20 sen itu juga kita akan gunakan untuk melaksanakan program CSR melibatkan alam sekitar di negeri ini,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Mar 2019

坏情绪会造成身体的伤害!正确处理才能有效化解

每个人的身体里,都有情绪的地图,不论是恐惧、焦虑、内疚、压抑、愤怒,还是沮丧,都会影响到身体的器官,想要不生病,就要从做情绪的主人开始。

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Nelydia Senrose menyifatkan kehadiran cahaya mata tersebut sebagai pelengkap genap tujuh tahun perkahwinannya bersama suami, Mohd Hafez

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

Antara Cinta, Agama & Restu, ‘Jika Itu Salahku’ Pertemukan Sophia Albarakbah dan Alvin Chong

Drama 13 episod bakal menemui penonton mulai 17 Oktober ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam

Trending Wed, 7 Oct 2020
Trending Mon, 13 Apr 2020
Trending Fri, 17 Jul 2020
Featured Thu, 2 Feb 2023
error: Content is protected !!