Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 13, 2019 @ 10:20am

Benarkah Bulu Atau Kuku Yang Dipotong Perlu Ditanam?

Pernahkah anda mendengar tentang perkara yang perlu dilakukan selepas memotong kuku dan rambut? Betul ke perlu ditanam selepas dipotong? kekeliruan ini sering berlegar-legar dalam kehidupan masyarakat kita.

Jadi, sejauh mana kebenaran tentang persoalan ini? Berikutan jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri untuk pengetahuan anda.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan hadis, di mana Rasulullah SAW bersabda:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa bilangan yang disebutkan itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja, kerana datang dalam hadis lain bilangan yang lain. (Lihat Fath al-Bari, 10/337)

Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan Imam Nawawi yang menyebut: “Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/212)

Beliau juga berkata: “Al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disembahyangkan. Katanya: “Tiada perselisihan bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disembahyangkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disembahyang, tetapi sunat ditanam.” (Lihat al-Majmu’, 5/212)

Imam Ibn Hajar al-Haitami turut menyatakan: “Dan disunatkan menanam apa yang dipotong daripada rambut, kuku dan darah.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 2/476)

Syeikh Zakariyya al-Ansari berkata: “Disunatkan menanam rambut sebagai penghormatan kepadanya.” (Lihat Asna al-Matalib, 6/232)

Ibn Qudamah al-Maqdisi pula menyebut: “Disunatkan menanam kuku yang dipotong dan juga rambut berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, katanya: “Aku melihat ayahku memotong kukunya dan menanamnya, dan dia berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW melakukan demikian.” (Lihat al-Mughni, 1/146)

Hadis yang dimaksudkan, yang diriwayatkan daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, adalah sepertimana berikut:

رَأَيْتُ أَبِي يُقَلِّمُ أَظْفَارَهُ، وَيَدْفِنُهُ وَيَقُول: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَل ذَلِكَ

Maksudnya: “Aku lihat bapaku memotong kuku kemudian menanamnya dan berkata: Beginilah yang aku lihat Nabi SAW perbuat.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Qasim, Ibn al-Sakan dan lain-lain. Sanadnya adalah sangat lemah (dha’if jiddan). Inilah sepertimana yang disebut dalam kitab al-Isabah (3/421) oleh Ibn Hajar.

Kesimpulan

Kuku dan rambut adalah sejuzuk daripada anggota badan yang sentiasa tumbuh dan panjang. Justeru, sunat bagi kita memotongnya kerana ia termasuk dalam Sunnah.

Adapun kuku atau rambut yang sudah dipotong berdasarkan kepada qiyas anggota yang lain yang sunat kita tanam, maka begitulah kedua-duanya juga baik untuk ditanam. Kami cenderung kepada pendapat ini kerana ia lebih menepati anjuran Islam agar menjaga kebersihan persekitaran di samping mengelakkan kemungkinan penggunaan bahan-bahan tersebut disalahgunakan untuk tujuan-tujuan seperti perbuatan jahat sihir, menyambung rambut dan lain-lain.

Se’aula’nya kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah SAW dan juga salafus soleh yang menanam kuku dan rambut. Justeru itulah yang sebaiknya sama ada sebahagian hikmah kita dapat memahaminya atau yang lain kita tidak mengetahuinya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama untuk mengikutinya dengan sebaik mungkin. Amin.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 11 May 2018

4 Sebab Kenapa Bayi Sering Gosok Mata

bayi nampak comel bila mengosok matanya tetapi tahukah anda ada sebab disebaliknya

LIFESTYLE Thu, 10 Oct 2019

勇闯恐怖之城!入夜后的双威主题乐园等你来挑战

连续举办7年的Nights of Fright(恐怖之夜)又回来啦!

Events Tue, 26 Jun 2018

Istiadat Angkat Sumpah Barisan Kabinet 2 Julai

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

LIFESTYLE Fri, 3 May 2019

睡前NG行为揪出来!让身体好好关机

根本虐惨!睡前NG行为帮你揪出来,让身体好好关机。

LIFESTYLE Thu, 2 Aug 2018

Cara Hilang Stress Berpanjangan

Jangan di simpan didalam hati kerana stress atau ‘depression’ boleh membunuh dalam diam

LIFESTYLE Tue, 30 Jan 2018

3 Makanan Bahaya Ini, Pesanan Penting Buat Semua Pencinta Kucing

3 jenis makanan yang berbahaya untuk kucing yang boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.

LIFESTYLE Mon, 7 May 2018

3 Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara

Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara

Fab Foodies! Sat, 14 Apr 2018

Being a Mother is Super Tough! So, Lady’s Choice Made Things Easier For Mums

Mothers are some of the strongest people in the world who also work the hardest.

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

5 Sebab Anda Yang Resdung Susah Sembuh

Tak salah untuk melihat samada 5 perkara ini ada ke tak jika resdung anda tidak sembuh

LIFESTYLE Mon, 23 Dec 2019

Serangan Panik, Gelisah Mungkin Tanda Anda ‘Overdos’ Kafein

Jangan panik ini diantara tanda-tanda dari kajian.

error: Content is protected !!