Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 14, 2019 @ 5:22pm

Hebat! Dato Vida Latih Anak Usia 14 Tahun Jadi CEO

Usahawan terkemuka tanah air, Dato’ Seri Dr Hjh Hasmiza Othman atau lebih popular dikenali sebagai Dato Vida siap sedia mendidik anak perempuannya, Cik B sebagai ketua pengarah urusan meskipun masih baru berusia 14 tahun.

Kata Vida ketika ditemui Xtra, sebagai ibu dia mahu memastikan anaknya mengikut jejak langkahnya dalam bidang perniagaan.

“Biar saya fokus dalam bidang kosmetik manakala Cik B fokus dalam perniagaan makanan.

“Saya mahu beri peluang kepadanya untuk merasai sendiri pahit jerih bergelar usahawan meskipun masih muda. Insha Allah produk makanan yang menggunakan jenama Cik B akan mula dipasarkan secara besar-besaran bermula tahun hadapan,” katanya optimis.

Atas sebab itu, Vida sanggup ‘turun padang’ membantu anaknya menganjurkan karnival dimana ia turut dimeriahkan oleh penaja utama iaitu Uda Holdings Berhad.

Bakal berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 20 hingga 22 Disember 2019 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

“Sebanyak 180 premis perniagaan disediakan dan ini masa yang sesuai untuk peniaga di luar sana menjalankan urus niaga dengan promosi yang dibantu oleh saya dan Cik B.

“Ramai selebriti yang akan turut serta pada karnival itu nanti. Pelbagai aktiviti menarik termasuklah persembahan nyanyian dari penyanyi terkenal tanah air,” katanya.

Majlis perasmian Cik B Vaganza Food Fest 2019 akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hjh Hasmiza Othman pada hari Jumaat 20 Disember 2019 jam 3.00 petang.

Tambahnya, karnival ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil diseluruh Malaysia.

Oleh Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Hati Rita Rudaini Robek Lagi?

Semoga Pekan segera ditemui, sabar ya…

Hiburan Fri, 15 Mar 2024
Featured Tue, 2 Sep 2025
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Joy Revfa Jadi Bahan Kecaman?

hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram terus kena kecam

Featured Fri, 14 Oct 2022
Filem Wed, 13 Dec 2023

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Bakal Ditayangkan Pada 11 Januari, Nama Pengarah Masih Dirahsiakan?

Tak sabarnya nak tengok filem Pendekar Awang! Tengok trailer pun dah best!

Featured Sat, 6 Nov 2021
Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Gempak! Ruffedge Pukau 5000 Penonton Di KL Live

Bayangkan, waktu tak terasa langsung berjalan dengan iringan lagu yang menggamit nostalgia penonton. Jeritan dan nyanyian penonton bergema tidak berhenti dari mula hinggalah ke akhir persembahan. Meriah sungguh!

error: Content is protected !!