Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 14, 2018 @ 2:00pm

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Bagi sesetengah orang, pembedahan plastik ialah cara untuk menyerlahkan identiti ataupun meningkatkan lagi mutu rupa mereka.

Selalunya mereka akan memilih prosedur yang simple saja. Paling penting, ia tak nampak ketara sangat.

Tapi ada segelintir orang yang ingin sangat mendapatkan rupa yang ideal sampai mereka terpaksa buat pembedahan berkali-kali sampai kononnya perfect. Mereka takkan rasa puas hati selagi tak capai kesempurnaan itu.

Malangnya, oleh kerana banyak sangat pembedahan telah dilakukan ke atas rupa mereka, langsung hilang rupa asal mereka. Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

8 orang ini adalah sebahagian daripada mereka. Jom tengok rupa mereka setelah diubah suai. Extreme sangat!

Jocelyn Wildenstein

Foto: Getty/Filmmagic

Socialite kelahiran Switzerland ini katanya ingin menyerupai kucing, untuk menggembirakan bekas suami jutawannya yang minat kucing. Pembedahan plastiknya dilaporkan telah menelan belanja sebanyak USD$2 juta!

Kata bekas suaminya, “Dia ingat dia boleh mengubah suai mukanya macam perabot. Mana boleh buat kulit macam itu! Walaupun dah ditegur, dia tak nak dengar.”

Amacam? Ada rupa kucing tak?

Justin Jedlica

Foto: Splash News

Anda tahu anak patung Barbie? Kan dia ada boyfriend bernama Ken? Jejaka ini ingin menyerupai patung lelaki itu. Dalam banyak-banyak orang, dia nak ikut muka patung?

Dia berumur 17 tahun ketika dia ingin lakukan pembedahan hidung, tapi tanpa izin ibu bapa, dia terpaksa tunggu sampai setahun lagi. Sejak itu, dia dah melakukan 150 prosedur! Dia juga memberi consultation kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai rupa mereka.

Rodrigo Alves

Foto: Vantage News/IPx/AP

Lelaki ini pun telah melakukan pelbagai jenis pembedahan, dan dia memang dipanggil “human Ken doll.” Dia terkenal di seluruh dunia dengan surgery yang dilakukan ke atas mukanya, serta gaya fesyennya yang melampau. Scary!

Natasha Crown

Foto: All 4/YouTube

Pembedahan plastik tak semestinya di muka saja! Tengok wanita ini. Punggungnya pun dia nak ubah! Natasha Crown sedang berusaha untuk dinobatkan sebagai orang berpunggung terbesar di dunia. Kini diameternya berukuran 85 inci.

Wanita berumur 24 tahun ini sudahpun menjalani 3 Brazilian butt lifts tapi nak lagi. Dia juga telah inginkan lebih pembedahan ke atas buah dadanya serta hidung.

Bryan Ray

Foto: All 4/YouTube

Ye, rupa perempuan tapi dia sebenarnya lelaki. Nampak macam kenal, kan? Lelaki ini telah melalui 90 pembedahan dan membelanjakan USD80,000 untuk menyerupai Britney Spears!

Antara prosedurnya ialah pembedahan hidung, suntikan Botox, suntikan lemak ke pipi, pembuangan rambut secara laser serta suntikan bibir. Wah!

Vinny Ohh

Foto: Barcroft TV/YouTube

Lelaki ini pula mempunyai impian untuk menjadi “genderless alien” (alien yang tak berjantina). Macam-macam!

Herbert Chavez

Foto: E! Entertainment/YouTube

Nak jadi Superman pun ada! Selain mengubahsuai mukanya, lelaki ini juga telah melalui prosedur untuk mendapatkan abs (otot perut) yang perfect. Kalau Superman digelar “Man Of Steel”, dia ingin digelar sebagai “Man Of Plastic”. Aduhai.

Tiffany

Foto: E! Entrertainment!/YouTube

Tak pasti apa nama penuhnya, tapi wanita ini telah melakukan pembedahan sebanyak 13 kali di dalam masa setahun… untuk menyerupai Ivanka Trump. Wah, ada juga peminat yang sanggup mengubah rupanya demi anak presiden Amerika Syarikat itu. Tiffany telah mengubah suai buah dada, hidung, pipi dan matanya.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 May 2021

80 Peratus Sektor Awam, 40 Peratus Sektor Swasta Diwajibkan Bekerja Dari Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebanyak 80 peratus pekerja sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor […]

Featured Wed, 5 Jul 2023
Featured Tue, 17 Dec 2024
Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Events Sun, 12 Mar 2023
Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan […]

Featured Thu, 25 Apr 2024

Kakak Meninggal Secara Mengejut, Kaka Azraff Ambil Alih Jaga 4 Orang Anak Saudara – “Saya Langsung Tidak Mahu Sambut Raya Tahun Ini”

Sebaknya! Hanya yang kehilangan insan tersayang je faham perasaan tu😪. Moga Allah mengangkat darjat Kaka. Al-Fatihah

Featured Wed, 22 Jun 2022

#WhazzupNetizen: Bantuan BKM Bujang Naik RM50, Sharifah Sakinah Berang Rambut Anak Diejek & Video Keselamatan MAS Dapat Banyak Reaksi

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alhamdulillah, syukur bantuan ditambah ☺️ Rambut anak Sharifah tu unik laaa 🤩 Haa, video keselamatan MAS siapa dah tengok? Meh komen sikit letopz ke tak? 🤩

error: Content is protected !!