Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 10, 2019 @ 1:55pm

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.

“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.

Musim monsun yang sedang melanda negara kini menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon bimbit semasa ribut petir yang dikatakan boleh membawa maut.

Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.

Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.

BAGAIMANA KILAT TERJADI

Jailan berkata kilat merupakan fenomena semulajadi berlaku terutama di kawasan tropika seperti Malaysia namun ia lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu April-Mei dan Oktober-November.

Fenomena alam tersebut terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan ketika ini, jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan serta suhunya mampu mencapai suhu 30,000 darjah Celsius, cukup panas untuk mencairkan pasir silika, katanya.

“Kilat turut memanaskan udara sekitarnya yang mencecah kira-kira suhu 10,000 darjah Celsius secara serta-merta, iaitu hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang mengeluarkan bunyi, dikenali sebagai guruh.

“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

“Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.

MITOS KILAT TIDAK SAMBAR DI TEMPAT YANG SAMA

Umum mempercayai bahawa kilat tidak akan menyambar tempat yang sama lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Jailan berkata hakikatnya kilat boleh menyambar di mana-mana lokasi lebih daripada sekali.

Keadaan ini boleh berlaku secara kebetulan memandangkan terdapat berjuta ribut petir berlaku setiap tahun, tambahnya.

“Selain itu, antara ciri-ciri suatu kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku,” katanya.

Jailan menjelaskan mangsa yang disambar kilat boleh mengakibatkan kecederaan parah sehingga membawa maut serta mengalami kelecuran tahap ketiga yang melampaui lapisan bawah kulit termasuk lemak, otot, tulang dan saraf.

“Kilat yang menyambar seseorang mampu menjana voltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa merujuk ramalan dan amaran cuaca sebelum menjalankan aktiviti luar terutamanya sewaktu tempoh peralihan monsun dengan ribut petir sering berlaku pada waktu petang dan senja,” katanya.

MANFAAT KILAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Meskipun berbahaya kepada manusia, Jailan berkata, kilat bermanfaat kepada persekitaran dan fenomena semulajadi ini penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik kerana bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlaku ribut petir.

Permukaan bumi dan atmosfera boleh mengalirkan elektrik dengan baik melalui nyahcas negatif di permukaan bumi dengan cas positif di atmosfera. Justeru, elektron dari permukaan bumi sentiasa mengalir ke atmosfera, katanya.

“Sekiranya kilat dari ribut petir tidak berlaku, ketidakseimbangan cas elektrik antara bumi dengan atmosfera bumi boleh terjadi.

“Selain itu, kilat juga menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu pembentukan lapisan ozon. Seperti mana diketahui, lapisan ozon sangat penting untuk melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang kuat akibat dari sinaran matahari,” katanya.

Selain risiko terhadap manusia, panahan kilat turut mampu mencetuskan kebakaran hutan secara semulajadi pada skala yang besar terutamanya semasa musim kering, ujarnya lagi.

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 15 Apr 2018

Cara Besarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa “Pecah”

Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

TECH Wed, 18 Apr 2018

三星新专利「可卷曲萤幕」让苹果迷都变心!

现在的手机荧幕越做越大,虽然滑起来感觉很过瘾,但在携带上实在有够不方便。日前三星与苹果的科技大战又有了新突破!

TECH Thu, 23 Nov 2017

Cara Menukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah. Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan […]

TECH Mon, 26 Feb 2018

Red Velvet Fans Can Now Talk to and Live With Wendy!

Who would have thought that our dreams of talking to our favourite idol everyday or even living with them would actually come true.

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Sun, 16 Sep 2018

Cara Mengaktifkan Fungsi “Dark” Pada Whatsapp

Jika anda bosan dengan rupa Whatsapp yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

Automobile Wed, 14 Mar 2018

苹果无线充电底座终于要来了!

无线充电这项技术对于众多安卓手机来说已经不新鲜了,但是对于苹果手机用户来说,却是个「新技术」。对于不少手握iPhone 8、8 Plus以及X的用户来说,他们都在苦等苹果一样神器,那就是AirPower无线充电器,到底它会在何时上市开卖呢?

TECH Wed, 11 Jul 2018

Nubia Z18 – Peranti Kelas Perdana Terbaru ZTE Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Jika Huawei ada Honor, ZTE pula memiliki Nubia sebagai syarikat di bawah naungannya. Jenama Nubia mula melonjak naik semasa mereka memperkenalkan peranti menfokuskan permainan video, Nubia Red Magic. Kini, mereka dilaporkan sedang dalam proses terakhir untuk memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru […]

TECH Thu, 8 Feb 2018

SAMSUNG TAWAR HADIAH PERCUMA

Hadiah percuma ditebus pada hari pembelian! Dapatkan segera selagi stok masih ada kerana ia terhad kepada 100 orang sahaja. Jangan terlambat, nanti melepas…

error: Content is protected !!