Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 31, 2019 @ 12:17pm

3 Tanda Kuali Anda Perlu Ditukar Takut Boleh Jadi Kanser

Tiada apa yang kekal di dunia ini, termasuklah barangan kesayangan anda.

Pasti ramai dalam kalangan ibu-ibu dan para isteri yang mempunyai perkakas kesukaan ketika memasak. Namun, sesayang mana pun anda kepadanya, satu hari nanti ia mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anda bila ‘tamat usianya.’

Tahukah anda, sesetengah kuali anti lekat boleh mendatangkan risiko kanser?

Pembuatan kuali anti lekat lazimnya menggunakan perfluorooctanoic acid (PFOA) dan polytetrafluoroethylene (PTFE) bagi menghasilkan kuali yang tidak melekat dengan makanan apabila digoreng. Hal ini disebabkan bahan berkenaan mempunyai rintangan tinggi terhadap haba, air dan minyak.

Walaubagaimanapun, bahan PFOA dipercayai dapat meningkatkan risiko kanser kepada pengguna manakala PTFE masih diragui tahap keselamatannya terhadap kesihatan manusia.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menukar kuali apabila ada antara 3 ciri berikut;

1. Bercalar

Bagi kuali menggunakan PFOA, ia boleh mendedahkan risiko kepada kanser apabila kuali tersebut mula bercalar. Bahagian yang terhakis akan masuk ke dalam makanan serta membahayakan kesihatan.

Bahan lapisan permukaan kuali ini kemudiannya ditukar kepada  PTFE yang dipercayai lebih selamat kepada kesihatan manusia.

Walaubagaimanapun, keselamatan PTFE masih diragui memandangkan ia boleh meruwap apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

2. Terhakis hingga nampak lapisan bawah

Kuali anti lekat mempunyai beberapa lapisan untuk memastikan proses pemanasan berkesan dan sama rata.

Jika lapisan ini sudah menunjukkan hakisan hingga ternampak permukaan yang seakan-akan diperbuat daripada tembaga, sebaiknya tukarlah ia kepada kuali yang baru.

Hal ini kerana jika makanan bersentuhan secara langsung dengan bahan berkenaan, ia boleh menyebabkan simptom seperti keracunan makanan antaranya cirit-birit dan muntah.

3. Meleding

Pasti ramai yang pernah membasuh kuali yang masih panas untuk digunakan bagi memasak makanan seterusnya bukan.

Sedar tidak sedar, perbuatan ini boleh menyebabkan kuali meleding disebabkan perubahan suhu yang cepat.

Keluli di dalamnya akan mengembang apabila panas dan mengecut ketika sejuk. Misalnya, jika ia mempunyai diameter 10 inci, ukurannya akan meningkat kepada 10.05 inci apabila dipanaskan manakala bila disejukkan, ia akan kembali kepada ukuran asal.

Justeru, jika ia disejukkan serta merta, bahagian yang sedang mengembang akan berhenti mengecut pada saat berlainan, bergantung kepada bahagian mana yang menerima rangsangan sejuk secara terus.

Reaksi yang menyebabkan kuali meleding ini tidaklah membahayakan kesihatan, namun ia menjejaskan kualiti masakan anda apabila pemanasan tidak rata.

Anda pasti tak mahu masak telur hangit separuh, mentah separuh, bukan?

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 22 Sep 2018

Minyak Zaitun Dalam Makanan

Berkongsi tips menggunakan minyak zaitun dalam penggunaan masakan mahupun makanan

LIFESTYLE Fri, 25 Jan 2019

爱睡才不是逃避现实!研究显示:适当睡眠能帮助解忧

你知道吗?当你充满坏情绪时,或许是因为睡不够!

LIFESTYLE Thu, 18 Apr 2019

这四大星座有晚睡强迫症,你上榜了吗?

你是不是白天很瞌睡,晚上睡不着?夜晚总舍不得去睡?这是一种莫名其妙的神经亢奋,这就是现代人常患有的晚睡强迫症。

LIFESTYLE Sun, 26 Nov 2017

Kenali Tanda-Tanda Awal Anak Autism Atau Tidak Usia 1-2 Tahun

Cabaran untuk membesarkan anak bukannya kecil dan tetiba anak kecil tidak seperti anak yang lain. Ada yang kata mungkin autism jadi bagaimana nak tahu

LIFESTYLE Sat, 8 Dec 2018

Kahwin Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?

berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin?

LIFESTYLE Fri, 2 Nov 2018

Kenapa Selalu Sakit Tekak? Mungkin Anda DiJangkiti Virus Ini

Kenapa Selalu Sakit Tekak? Lihat Tujuh Masalah Ini Yang Mungkin Jadi Penyebab Anda Diserang Virus Ini

LIFESTYLE Wed, 10 Oct 2018
LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Bila Anak Meragam Takut Ke Sekolah, Apa Perlu Kamu Buat?

Bila anak menangis depan pintu pagar tadika, jangan buntu ya puan-puan…ada caranya tau!

Fab Foodies! Thu, 30 Aug 2018

油≠肥胖!好油的脂肪酸能抑制「想吃甜食」欲望

很多人都有强烈的成见「油=肥胖」,油和脂肪的卡路里高,于是以为油脂会造成肥胖。实际上,油和脂肪是不一样……

Fab Foodies! Mon, 22 Jul 2019

暴饮暴食纾压!英研究:收入低容易胖

「肥胖」和收入有关系吗?

error: Content is protected !!