Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 22, 2019 @ 2:26pm

Cara Membuang Fail Kemas Kini Windows 10

Microsoft menggesa para pengguna supaya menaik taraf kepada sistem operasi Windows 10 memandangkan masih ramai pengguna menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasi untuk komputer mereka.

Walaubagaimanapun, pengguna yang telah mula memasang sistem Windows 10 kerap kali pula berdepan dengan pelbagai isu yang bukannya berpunca dari aplikasi pihak ketiga. Sebaliknya daripada kemas kini yang dilepaskan oleh pihak Microsoft sendiri.

Jadi bagi menangani isu yang berpunca daripada kemas kini Windows 10, pengguna boleh sahaja membuang kemas kini yang telah dipasang pada komputer mereka.

Microsoft ada menyediakan tetapan khas bagi memudahkan pengguna Windows 10 membuang kemas kini yang dipasang mereka.

Cara Membuang Fail Kemas Kini Windows 10

1. Bagi membuang fail kemas kini Windows 10 yang telah dipasang, anda buka Settings dan klik pada pilihan Update & Security.

Settings > Update & Security.

2. Seterusnya di bahagian Windows Update klik pada pilihan View update history.

3. Kemudian klik pada Uninstall updates.

4. Selepas itu di bahagian Uninstall an updateini anda bolehlah memilih fail kemas kini Windows yang mahu dibuang.

Apabila kemas kini tersebut dipilih, butang Uninstall akn dipaparkan dan anda bolehlah membuang kemas kini tersebut dari komputer anda. Anda juga perlu menghidupkan semula  (Restart) komputer tersebut bagi melengkapkan proses buang kemas kini tersebut.

Sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Wed, 6 Nov 2019

Malaysia Bakal Lancarkan Gojek dan Dego Ride Bermula Januari 2020

Malaysia bakal melancarkan teksi motosikal seperti Gojek dan Dego Ride bermula Januari 2020, kata Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke. Gojek dan Dego Ride akan mula beroperasi bermula tahun hadapan dan tempoh ujian selama lebih 6 […]

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

TECH Mon, 8 Oct 2018

Cara Membuat “Google Form” Menggunakan Android

Berikut kami kongsikan cara untuk membuat Google Form dengan pantas menggunakan peranti Android. Caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Mon, 28 May 2018

Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Buat anda kaki media sosial Instagram, ini untuk anda – boleh tambah lagu di Instagram Stories

TECH Tue, 3 Jul 2018

Samsung Galaxy Tab S4 Bakal Dilancarkan September Ini

Tweet   Internationale Funkausstellung atau IFA 2018 akan berlansung bermula dari 31 Ogos hingga 5 September ini. Ia merupakan satu ekspo bagi barangan elektronik dan peralatan rumah utama dunia di mana syarikat pengeluar utama akan berhimpun […]

TECH Sun, 10 Nov 2019

Cara Merakam Video pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang ingin merakam aktiviti atau video pada paparan pelayar Chrome berikut kami kongsikan salah satu alternative yang boleh dicuba. Pertama sekali buat carian Screencastify pada Google, buka pautan tersebut maka akan muncul paparan dibawah. Klik […]

TECH Fri, 27 Jul 2018

「它」可能是世界上最小的五金多功能工具

「它」可能是世界上最小的五金多功能工具,这一不到一英寸长度的多功能工具能够适用于多种应用场景,并且能够轻松便携地收纳携带。

TECH Fri, 2 Feb 2018

Tips Menggunakan Chrome Versi “Night Mode”

Ramai yang suka melayari internet di tempat yang kurang cahaya. Terdapat beberapa cara untuk menjadikan pelayar chrome anda versi gelap (Night Mode).

TECH Mon, 26 Nov 2018

Bagaimana Untuk Menukar Rupa Android ke Windows 10

kalau anda suka dengan launcher window 10 boleh mencubanya…

Events Wed, 25 Sep 2019
error: Content is protected !!