Hiburan By: SGMS Faida January 6, 2020 @ 9:00am

Bella Astillah ‘Cair’, Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami?

Gara-gara sekeping gambar memaparkan kemesraan, bekas pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astillah dikatakan kembali bersama.

Apa yang menjadi perhatian netizen apabila Bella menerusi Instastory berkongsi gambar sedang mendakap erat lengan pemandu yang dipercayai Aliff.

Pada masa yang sama, Bella turut memuat naik perkongsian ibu Aliff mengenai mutiara kata daripada akaun Twitter Mufti Menk.

Ia seolah-olah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella kembali jernih, dimana ada menyebut tentang “Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”.

Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik  foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya.

Ogos tahun lalu, terdapat ura-ura memberitahu pasangan ini bakal merujuk semula selepas bercerai pada Mac.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff selepas penyanyi Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden yang kini berusia dua tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Muatnaik Gambar ‘Anu’, Apa Motif Zahirah Mcwilson Hack Instagram Zul Ariffin?

Namun, selepas sahaja pelbagai spekulasi mengenai penyebaran gambar tersebut, kini timbul pula kontroversi mengenai siapakah dalang disebalik penularan gambar tersebut baru-baru ini. 

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Julia Farhana Berjuang Bantu Pesakit Mental

Bagusnya Julia, ini antara sikap selebriti yang wajar kita contohi. Terbaiklah!

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Anak Lana Nodin Selamat Jalani Pembedahan, Syukur!

Syukur Alhamdulillah…semoga terus kuat Billy!