Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 8, 2020 @ 12:04pm

Suci Hawa Zulaikha, Cahaya Mata Keempat Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keempatnya minggu lalu memilih nama indah iaitu Suci Hawa Zulaikha buat anak perempuannya itu. 

Yatt mengumumkan nama anaknya yang lahir pada 30 Disember lalu menerusi satu entri di mana dia memuat naik gambar puterinya itu tanpa diperlihatkan wajah bayi tersebut di akaun Instagramnya miliknya. 

“Sempena mengambil keberkatan Sunnah menamakan anak pada hari ke 7, Bonda dengan rendah hati berkongsi nama Puteri ke 4 hari ini telah genap 8 hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli,” tulisnya di dalam kapsyen.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Sempena mengambil keberkatan Sunnah menamakan anak pd hari ke 7, Bonda dg rendah hati berkongsi nama Puteri ke 4 yg hari ini telah genap 8 hari usianya, iaitu SUCI HAWA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD ZULFADHLI. . Nama yg baik bersempena dg nama IBU kita semua iaitu HAWA isteri Nabi ADAM AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi YUSOF AS iaitu ZULAIKHA. SUCI pula membawa maksud kudus, bersih, harum & baik juga bersamaan dg nama awal ketiga2 kakaknya. Mudah2an akhlak & keperibadian anak Bonda ini secantik dan seindah namanya.. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup.. Mujahidah Solehah In shaa Allah.. Aameen..?? . Sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Hadith Nabi SAW, أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya”. . #sucihawazulaikha #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #SUCI #LILSUCI #THESUCIS #BABY #NEWBORN #NEWBUNDLEOFJOY #BAYI #BABYGURL #SIBIBIRMERAH #30DEC2019 #lilmujahidah #Sucino4

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah turut berkongsi dengan umum maksud di sebalik nama puterinya itu.

“Nama yang baik bersempena dengan nama Ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yang dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.

“Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik juga bersamaan dengan nama awal ketiga-tiga kakaknya.

“Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak Bonda ini secantik dan seindah namanya.. Semoga maksud namanya yang baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup.. Mujahidah Solehah InshaAllah…Aameen..” tulisnya lagi sambil berkongsi hadith Rasullullah SAW tentang sunatnya menamakan bayi pada hari ketujuh kelahirannya.  

Sekadar info, Yatt mempunyai seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika (9) melalui perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor dan melalui perkahwinan keduanya bersama M0hammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016, dia dikurniakan dua anak perempuan bernama Suci Humaira Iqlima (3) dan Suci Hayfaa Medina (2). 

Kredit: Instagram @yatthamzah_suci

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Semarak Irama Nasyid! Gabungan Ikonik Rabbani, Hijjaz & Artis Undangan Dalam Konsert Rahmati Melaka

Konsert Rahmati Melaka bakal diadakan pada 13 dan 14 Disember 2024, bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), bermula jam 9.30 malam.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Events Sun, 7 Apr 2019
error: Content is protected !!