Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 10, 2020 @ 9:01pm

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Personaliti radio dan pelawak, Issey Fazlisham tiada masalah memikul tanggungjawab sebagai seorang ‘bapa segera’ apabila mengahwini kenalan lama dari zaman sekolah, Noor Aimi Mohamed Jamil, yang merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak yang berusia empat hingga lapan tahun, pada 22 Disember lalu.  

Baca: Issey Pilih Rakan Sekolah, Akhiri Zaman Duda Tak Lama Lagi

Issey yang pernah berkahwin sebelum ini tetapi berpisah dengan bekas isteri pada 19 Mac 2015 tidak pernah mempunyai cahaya mata sendiri dan dia berharap dia mampu memikul tugas menjaga ketiga-tiga anak tirinya itu dengan baik, malah meluahkan rasa seronok apabila dapat menghantar mereka ke sekolah. 

“Jujurnya, saya seronok apabila berpengalaman menghantar anak ke sekolah.  Begitupun, saya akui masih dalam proses pembelajaran.  Maklum sahaja, ia perubahan drastik untuk saya yang melangkau beberapa langkah untuk bergelar bapa. 

“Saya sudah cuba rapat dengan mereka sejak belum berkahwin.  Agak susah sebenarnya masing-masing mahu menerima kehadiran saya kerana bapa mereka meninggal dunia akibat kemalangan. Jadi, mungkin mereka masih dalam proses mahu menerima.  Alhamdulillah, setakat ini baik-baik sahaja,” katanya kepada BH Online. 

Tambah Issey lagi, dia tidak kisah terpaksa berulang-alik pada setiap minggu untuk bersama keluarga di Kota Bharu, Kelantan. 

“Isteri saya akan turun ke ibu kota dua minggu sekali dan setiap hujung minggu pula, saya akan balik ke sana. Ia memang agak memenatkan, tetapi kita tengoklah dahulu bagaimana keadaannya. 

“Kalau isteri tidak menetap di Kelantan, mungkin agak susah untuk saya balik kerana mak sudah tiada.  Jadi apabila ada isteri di sana, saya ada alasan kukuh untuk pulang,” katanya lagi. 

Baru-baru ini sewaktu sesi persekolahan tahun 2020 dibuka, Issey memuat naik foto menerusi satu entri di Instagram di mana dia menghantar anak-anak tirinya ke sekolah dengan kapsyen “Hantar anak sekolah. Fasa baru dalam hidup. Aku dah langkah beberapa step. Banyak yang dah tertinggal. Tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ayah yang baik.”

Kredit Foto: Instagram @isseyfazlisham

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Sat, 26 May 2018

Lawak! Troll Diva AA Curi Perhatian

keterujaan netizen terhadap Diva AA dan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tidak berhenti setakat itu. Kalau nak tahu, kenalah baca artikel ini!

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Kongsi Video Isteri Bersalin, Abang Terlajak Laris Mohon Maaf!

Datuk Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pihak atas perkongsian video isterinya bersalin.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Bekas Personaliti TV Terkenal Bakal Disaman?

Dalam masa sama, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

LIFESTYLE Fri, 28 Sep 2018

Jangan Disangkal Kehebatan Lidah Buaya, tumbuhan paling banyak KHASIAT!

Walaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Mon, 22 May 2023

Serik Kena Tipu, Andi Bernadee Pilih Kawan – “Bulan Demi Bulan, Baru Nampak Perangai Sebenar”

Makin meningkat usia, makin kecil circle kita kan.. Quality over quantity gitu

Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

error: Content is protected !!