Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 19, 2020 @ 2:14pm

Kenal Dah Lama, Kilafairy Akui Selesa…

Kehadiran jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dalam hidup penyanyi dan pelakon, Kilafairy bukanlah sesuatu yang rahsia lagi.

Malah, Kila senang untuk berbicara kisah cinta dengan kekasihnya itu tanpa perlu berselindung dan mendakwa sudah lama mengenali jejaka berkenaan. 

“Kami sebenarnya sudah mengenali sejak 12 tahun lalu, iaitu ketika saya di bangku sekolah lagi.

“Kami juga sudah lama saling mengikuti di Instagram, cuma ketika itu masing-masing tidak pernah bersua muka atau keluar bersama. 

“Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi rapat, sehinggalah sekarang,” katanya kepada BH Online. 

Kilafairy atau nama penuhnya Syakila Nisa binti Jahangir Khan (27) yang juga anak kepada penyanyi popular zaman 80-an, Rohana Jalil, mengakui meminati jejaka yang bekerja dalam bidang penerbangan itu sejak zaman persekolahan lagi. 

 
 
 
View this post on Instagram

He was my high school crush ? Still crushing on you Bubuji ♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Tambah pelakon drama rantaian Ajari Playboy itu, dia amat selesa berkawan dengan lelaki berkenaan dan boleh membayangkan pengakhiran yang bahagia dengan buah hatinya itu.

Cuma, menurut Kila dia tidak mahu berbicara lebih tentang perancangan masa hadapan kerana dia pun tidak tahu bilakah dia akan menamatkan zaman bujang. 

“Saya rasa selesa dan lebih menjadi diri sendiri ketika mengenalinya.  Dia juga membuatkan saya menjadi insan lebih baik.  Malah, saya berasakan dapat lihat masa depan bersamanya. 

“Begitupun, jika ditanya mengenai hala tuju hubungan kami, saya pastinya mengharapkan penamat yang baik.  Kalau ada jodoh, ia pasti tak ke mana.  Cuma, tidak manis jika saya yang bercakap mengenai bila saatnya kami bakal disatukan,” katanya lagi.

Selalunya kalau dah lama berkawan, sudah tentu mengenali isi hati dan perwatakan masing-masing dengan baik. Semoga hubungan yang terbina berkekalan hingga ke jinjang pelamin!

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Instagram @kilafairyofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Mummy Takkan Kejar ‘Lelaki’!

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mummy. kot lah terjumpa jodoh kat Indonesia kan?

Featured Sat, 26 Jun 2021

Status PKP Dilanjutkan Sehingga Dua Minggu Lagi Adalah Palsu

Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok. Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu. Dalam […]

Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
error: Content is protected !!