Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 31, 2020 @ 6:00pm

‘Mana Ada Tiru’- Pengarah Nafi Jalan Cerita M4M4 Serupa Filem Mom

“M4M4 tak ada kaitan dengan filem Mom,” demikian komen pengarah filem M4M4, Eyra Rahman mengenai filem arahannya yang dikatakan memiliki jalan cerita yang sama seperti filem itu. 
 
Menurut Eyra, dia sendiri tidak pernah menonton filem arahan Ravi Udyawar itu. 
 
Saya sendiri pun tak tengok filem itu. Jadi, tak timbul isu filem M4M4 meniru filem Mom,” katanya kepada Harian Metro. 
 
Menurutnya, walaupun jalan ceritanya tak jauh berbeza dengan filem dari India itu, ada perbezaan yang perlu penonton tahu.

“Mungkin ada persamaan dari segi kisah ibu yang membalas dendam untuk anaknya yang menjadi mangsa rogol. Namun, M4M4 mengisahkan mengenai konflik ibu dan anak kandungnya dan berbeza dengan Mom,” katanya.

Ditanya mengenai simbolik penggunaan angka ‘4’ dalam judul filem ini, Eyra memaklumkan bahawa ia adalah simbolik untuk jumlah orang yang dibunuh.

Filem M4M4 membariskan barisan pelakon antaranya Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali, Izzy Reef dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

Hiburan Tue, 29 May 2018

Suami Kongsi Kemahuan ‘Pelik’ Si Isteri

Tapi sebarang soalan tambahan, saya keluar dan pergi membeli dua juadah itu. Namun, sampai sekarang saya berfikir, apa hubungannya antara durian dan sandwic tuna?

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran di mana ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019, jumpa lagi tahun depan…InshaAllah!

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
error: Content is protected !!