Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal January 1, 2020 @ 12:11pm

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling, di sini menempa sejarah sebagai sekolah pertama di negara ini menggunakan teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid.

Lebih menarik apabila kemudahan canggih itu hanya mengambil masa kira-kira dua saat bagi mengimbas wajah murid sebelum maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor murid dan rjah mereka disimpan terus dalam pangkalan data sekolah.

Guru Besar SK Taman Perling, Zamri Abd Wahab, berkata seramai 1,034 murid membabitkan 937 murid aliran perdana, 47 murid Pendidikan Khas dan 50 murid pra-sekolah menggunakan teknologi imbasan wajah untuk mencatat kehadiran mereka bermula hari ini.

Katanya, sebanyak dua unit pengimbas muka diletakkan di dewan untuk merekod kehadiran murid bagi dua sesi persekolahan, manakala sebuah lagi mesin itu ditempatkan di pejabat sekolah untuk mencatat kedatangan 76 guru dan 12 kakitangan sekolah.

“Ini bagi memudahkan guru merekodkan kedatangan murid, malah tidak perlu lagi menggunakan kaedah manual, sekali gus membantu mengurangkan beban kerja guru.

“Ia sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sedikit masa bagi mendaftarkan semua maklumat murid termasuk nama penuh, umur dan darjah mereka ke dalam sistem yang akan dilakukan secara berperingkat minggu ini.

“Semua data kehadiran murid akan disimpan dalam sistem berkenaan sebelum disalin dan dipindah ke pangkalan maklumat Kementerian Pendidikan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM),” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan pertama sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Perling, Datuk Suhaila Ahmad, berkata kemudahan itu disumbangkan secara percuma oleh Myra Hub Foundation untuk sekolah berkenaan bagi kemudahan murid dan guru.

Katanya, SK Taman Perling 1 menjadi sekolah pertama di negara ini yang mencatat kehadiran murid menggunakan teknologi pengimbas muka berbanding teknologi kod QR yang dilaksanakan institusi pengajian tinggi negara dengan meluas.

“Kos pemasangan, perisian dan penyelenggaraan yang berjumlah lebih RM50,000 semuanya dibiayai Myra Hub Foundation menerusi teknologi pengimbas wajah dibangunkan RN Technologies Sdn Bhd.

“Pada pagi ini, kita mengambil masa 10 saat untuk memasukkan data nombor murid dan mengimbas anak mata murid bagi disimpan di dalam sistem. Selepas semua data murid disimpan, proses mengimbas wajah hanya akan mengambil masa dua saat bagi setiap murid.

“Sistem ini akan mengenal pasti 30 titik sudut mata murid, guru dan kakitangan sekolah dalam proses mengimbas wajah sebelum data kehadiran mereka disimpan, ” katanya.

Bagi murid Tahun 6 Bijak SK Taman Perling, R Kivesha, berkata dia bersama rakannya begitu teruja menggunakan teknologi pengimbas wajah berkenaan buat pertama kali.

“Saya selalu hanya lihat di televisyen mengenai teknologi pengimbas wajah ini namun tidak sangka boleh merasai pengalaman itu di sekolah,“ katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 12 Aug 2018

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Mudah dan cepat.Dapat menjimatkan masa anda.Cubalah!

TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga RM349 Dan RM499

Peranti bajet Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A, kini sudah diumumkan bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Hal ini sudah dijangka lebih awal kerana Mi Malaysia sudah beberapa kali memberi bayangan kehadiran dua model kelas permulaan itu. […]

TECH Wed, 4 Apr 2018

Cara Mengecilkan Saiz Fail PDF

Format PDF merupakan salah satu jenis fail yang paling banyak digunakan sama ada pada dokumen jenis teks mahupun gambar.

TECH Thu, 29 Aug 2019

全球最小且方便易用的3LCD雷射投影机

爱普生推出全球最小3LCD雅致雷射投影机,势必改变家庭影院的面貌!

TECH Thu, 25 Jul 2019

3 Aplikasi Video & Foto Bokeh Terbaik

Kepada anda yang menggunakan peranti tanpa fungsi tersebut, jangan bersedih, berikut kami kongsikan 3 aplikasi alternatif untuk video dan foto bokeh.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone. Tidak mahu ketinggalan, Huawei, […]

TECH Sat, 31 Mar 2018

Cara Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Mencari gambar menggunakan Google Image adalah perkara yang biasa kita lakukan tiap kali ingin mencari sesuatu gambar di laman internet. Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna […]

TECH Thu, 16 May 2019

Finding it Hard Getting Organised this Ramadan? Check These Helpful Apps Out

You can plan where to buka puasa, what to prepare for sahur, and even provide meals for the less fortunate!

TECH Mon, 9 Apr 2018

Cara Kosongkan Storan Android Yang Penuh Kerana Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk memadam fail  dalam peranti pintar yang anda terima daripada Whatsapp.

error: Content is protected !!