Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal January 2, 2020 @ 11:55am

5 Gimbal Terbaik Bagi Telefon Pintar 2019

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan video dengan adanya Optical Image Stabilization dan Electronic Image Stabilization. Namun ia masih tidak dapat mengalahkan kecekapan dan kawalan gimbal.

Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti adanya pergerakan, gegaran dan sebagainya. Kegunaan gimbal sangat penting untuk membantu mengurangkan masalah tersebut dan menjadikan rakaman video anda lebih sempurna.

Bagi anda yang mencari penstabil gimbal, disini kami sediakan beberapa gimbal terbaik untuk telefon pintar anda.

1. DJI Osmo Mobile 3

 

Dengan gimbal 3-paksi yang berkesan mengurangkan gegaran rakaman, Osmo Mobile 3 menyampaikan imej yang sangat lancar dan stabil. Rekabentuk yang ringan dan ultra-responsive bertindak balas dengan pergerakan “real-time” dan membolehkan anda lebih fokus.

Osmo Mobile 3 mempunyai berat 405 gram dan rekaan yang boleh dilipat ini memudahkan anda untuk bawa kemana sahaja. Mod standby membolehkan telefon pintar digunakan apabila gimbalnya dilipat dan anda boleh memulakan rakaman semula dalam masa yang singkat. Gimbal ini juga mempunyai grip yang lebih ergonomik dan membolehkan anda memegang gimbal dalam masa yang lama dengan lebih selesa.

2. Zhiyun Smooth Q2

 

Melalui Smooth Q2, Zhiyun telah meningkatkan kekuatan dan ketahanan motor gimbal. Ini bermakna Q2 mempunyai muatan maksimum sebanyak 260 gram berbanding Smooth Q (200 gram) dan Smooth 4 (210 gram). Binaannya diperbuat daripada logam aluminium dan sedikit berat berbanding Osmo Mobile 3 iaitu 450 gram.

Mengikut data makmal, Q2 mampu bertahan sehingga 17 jam dengan bateri yang boleh dicas semula. Di samping itu, Q2 mempunyai port mikro USB yang membolehkan ia berfungsi dengan powerbank.

3. Feiyu VLOG Pocket

VLOG Pocket direka untuk merakam Vlog, dan merupakan gimbal boleh lipat paling ringan di pasaran. Dengan reka bentuk lipatan berbentuk sayap helang menjadikannya kecil dan mudah alih. Berbanding dengan gimbal biasa, mod rakaman dengan mudah boleh ditukar antara potret dan landskap tanpa perlu diimbangi.

Ia menyokong kamera terbina dalam telefon pintar, pengesanan objek pintar dan kapasiti muatan 240 gram.

4. Zhiyun Crane M2

Zhiyun Crane M2 mempunyai muatan maksimum 700 gram, iaitu sekitar dua kali ganda dari gimbal yang disenaraikan. Crane M2 sedikit berat berbanding senarai gimbal lain iaitu 500 gram dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih rendah iaitu hanya mampu bertahan sekitar 7 jam sahaja.

Menariknya, gimbal ini boleh diguna pada pelbagai peranti seperti telefon pintar, kamera aksi, kamera mirrorless dan sebagainya. Ia sangat sesuai bagi anda yang mahukan kuasa tambahan seperti lensa tambahan, lampu dan sebagainya.

5. Snoppa ATOM

Snoppa Atom merupakan gimbal telefon pintar 3-paksi ultra-mudah alih dengan rekaan penampilan yang boleh dilipat. Peranti kecil ini boleh dilipat kepada separuh saiznya. Dengan berat 440 gram, Atom menyokong lensa HD dan mikrofon. Ia mempunyai kapasiti muatan sehingga 310 gram dan mampu bertahan sehingga 24 jam dengan kapasiti bateri 2000 mAh.

Atom dilengkapi dengan pengecasan berwayar dan pengecasan tanpa wayar, yang membolehkan anda merakam tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Ia dengan mudah boleh mengecas telefon anda dengan pengecasan tanpa wayar, atau mula mengecas ketika merakam.

Sumber:wiser.my & Mobile Motion

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 15 Oct 2019

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Kontrak Nuemera (M) Sdn Bhd telah ditamatkan

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

TECH Tue, 17 Jul 2018

Microsoft Mungkin Hadir Dengan Peranti Android Pertamanya Tidak Lama Lagi

Microsoft sebelum ini telah menghasilkan beberapa siri peranti telefon pintar yang dijalankan dengan sistem Windows Phone sepanjang pemilikkan mereka ke atas syarikat Nokia Mobile. Bagaimanapun, model-model berkenaan jelas gagal mendapat tempat di hati pengguna telefon pintar. Nokia […]

TECH Wed, 4 Jul 2018

iflix Free – Bolehkan Anda Strim Secara Percuma

Medium penstriman video dalam talian tempatan, iflix, kini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton kandungan mereka secara percuma. Menerusi pengumuman yang di Twitter, platform versi percuma tersebut diberi nama sebagai iflix Free telah diperkenalkan. Melaluinya, akses percuma […]

Automobile Sat, 10 Feb 2018

KERETA ELEKTRIK KENDERAAN MASA DEPAN?

Tan Chong Motors  menunjukkan satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik.

TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

Automobile Tue, 25 Sep 2018

人肉霸停车位有错吗?大马皇家警察说:可被罚款或监禁

人肉霸停车位究竟违法吗?大马皇家警察说:触犯者可被罚款或监禁。

Automobile Tue, 18 Sep 2018

养车小知识:Engine Bay可以用水清洗吗?

用水清洗 Engine Bay 真的会造成引擎和电子部件损坏吗?

TECH Sat, 3 Feb 2018

Infotech: 4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Pernahkah PC anda diserang Virus dan Malware? Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows.

TECH Sun, 14 Apr 2019

Cara Mengembalikan Video Yang Telah Dipadam Pada Android

Kepada anda masih tercari aplikasi untuk mengembalikan video ataupun gambar yang telah dipadam pada Android, berikut kami kongsikan aplikasi yang boleh anda cuba.

error: Content is protected !!