Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 4, 2020 @ 12:03pm

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang memotong rumput di kawasan kebun berkenaan.

“Polis menerima satu panggilan daripada seorang anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari yang memaklumkan berhubung penemuan itu.

“Setibanya di kawasan berkenaan, polis mengesahkan mengenai penemuan bom itu dan terus memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bom itu berjaya dimusnahkan pada 4.27 petang semalam dalam keadaan selamat.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

Program TV Mon, 18 May 2020
Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Mantap! Nyalafest 2024 Himpun 8 Artis Terkenal Malaysia & Indonesia 30 November Ini

Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

error: Content is protected !!