Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina February 13, 2020 @ 4:41pm

[VIDEO] Wajib Pergi! Ini Dia Kedai Makan P. Ramlee Yang Pasti Imbau Nostalgia Lama

Korang cari tempat makan best?

Xtra ada jalan penyelesaiannya! Korang yang tinggal berdekatan bandar raya Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, apa kata korang singgah di Restoran Kukus yang pastinya bakal mengimbau nostalgia lama terutama sekali semasa zaman bujang lapok P.Ramlee.

Memang tak sah jika tak kunjungi kedai makan berkonsepkan P.Ramlee ini. Bukan sahaja mereka menghidangkan makanan yang lazat, tetapi restoran ini juga menyediakan suasana yang sangat cantik bagaikan zaman 60-an. So, jangan lupa update bucketlist korang sekarang!

 

 

Berkonsepkan zaman P.Ramlee, Restoran KUKUS yang terletak di Lembah Klang, Selangor ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Kedai ini juga mempunyai peminat tersendiri daripada setiap lapisan usia. 

Kedai ini telah memulakan operasinya sejak 5 tahun yang lalu oleh seorang pemuda berusia 40 tahun. 

Dekorasi & Ruang Makan

Ruang makannya yang selesa mampu memuatkan hampir 100 pelanggan dalam satu masa. Pengunjung yang datang ke sini bagai merentas masa kembali ke zaman silam berikutan dekorasi laman kedai yang berasaskan barang-barangan antik. Kedai makan kayu lama yang dihiasi aneka barangan antik pastinya menerbitkan rasa nostalgia pelanggan.

Deretan tin kopi dan botol air lama  di ruang utama dan televisyen lama serta kuda rotan menjadi tumpuan tarikan di kaunter pembayaran. 

Istimewanya, jika korang berkunjung ke sini, lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee sayup dimainkan. Persekitaran unik ini mendorong pelanggan merakan kenangan lama ketika menjamu selera!

 

 

 

 

Menu Istimewa ‘Tongmo’

Kalau korang nak tahu, hidangan istimewa mereka dikenali sebagai “Tongmo” yang merupakan daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dan disumbat ke dalam usus lembu nipis. Tongmo merupakan makanan tradisional rakyat Kemboja yang popular dengan sosej Kemboja. Dijual sehinggga 200-400 setiap hari, ini adalah menu tumpuan utama pelanggan di sini.

Selain Tongmo, masakan cita rasa Pahang seperti gulai patin tempoyak, patin masak asam pedas, sambal tempoyak pucuk ubi kayu, ayam masak kunyit, dan kari kaki ayam turut dijual.

Selain lauk-pauk cita rasa Pahang, kedai makan ini juga menyediakan sarapan klasik seperti lempeng kelapa, pisang rebus dan telur goyang bersama minuman kopi kampung.

 

 

 

Nak tahu lebih lanjut, jom layan video dekat bawah ni:

 

Sumber: Youtube TV3

Buat korang yang terlepas info-info dan bual bicara yang menarik, saksikan episod penuh di Youtube TV3  ataupun laman Tonton  dalam rancangan Malaysia Hari Ini yang memaparkan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik serta isu-isu viral.

Selamat menonton!

Sumber foto: Instagram Kukus Klasik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Fri, 19 Jan 2024

Siti Nurhaliza Sambut Baik Hasrat Mahalini Mahu Berkolaborasi – “Pulang Dari Umrah Dapat Khabar Indah”

Wah, tak sabar nak dengar lagu hasil kolaborasi Tokti dan Mahalini. Pasti 🔥🔥🔥

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

Ameera Khan Bahagia, Keluarga Sokong Hubungan Dengan Jefri Nichol – “Saya Tak Perlukan Pengesahan Orang Lain”

Tak perlu pengesahan orang lain, Ameera Khan dedah keluarga sokong hubungan dengan Jefri Nichol

Featured Mon, 17 Nov 2025

Isu Kes Curang, Raf Yaakob Titip Pesan – “Selagi Pasangan Setia & Tak Langgar Perintah Agama, Hargailah”

‘Tak ada manusia yang sempurna’, demikian luahan selebriti dan usahawan, Raf Yaakob terhadap kes curang melibatkan pasangan suami isteri.

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
error: Content is protected !!