Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 13, 2023 @ 5:10pm

ABPBH 35: Bakal Mengacara Bersama Johan, Ain Edruce Akan Kawal Diri Di Atas Pentas – “Tak Semua Boleh Terima Kita Loud…”

“Ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai anak seni’

Demikian respons pengacara dan pelakon jelita, Ain Edruce yang teruja bakal menggalas tanggungjawab besar sebagai pengacara pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35).

Ain meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk mengendalikan acara berprestij seperti ABPBH akhirnya tercapai.

“Saya rasa sangat bersyukur.. sudah lama sangat nak mengacarakan anugerah besar seperti ini tapi tak pernah dapat peluang.

“Sejujurnya pencapaian paling besar untuk karier saya, bertahun tunggu untuk dapatkan peluang ni.

“Alhamdulillah, terimas kasih TV3, penaja utama Fellera Skin dan pihak atasan untuk kepercayaan yang diberikan, saya tak akan sia-siakan peluang ini,” tuturnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Sementara itu, Ain juga meluahkan rasa terharu apabila dapat bergandingan bersama idolanya dalam industri, iaitu pelawak dan penyampai radio popular Johan.

Tidak menafikan kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang lantang dan sakan beraksi ‘gila’ di atas pentas, Ain bagaimanapun akan berusaha untuk mengawal diri agar tidak terlalu berlebihan ketika mengacara anugerah ini.

“Semua orang tahu saya memang sejenis loud dan tak semua boleh terima. Saya dan abang Johan juga dua-dua jenis loud jadi saya akan mainkan peranan yang rendah sedikit.

“Oleh itu kami akan lakukan banyak preparation, tapi Insya-Allah, minggu ni akan ada pembacaan skrip dengan abang Johan, demi mendapatkan lagi chemistry antara kami dan mencungkil lebih idea demi menghidupkan malam anugerah itu.

“Saya bersyukur digandingkan bersama abang Johan, dia adalah idola saya sebagai pelawak dan saya tahu dia akan banyak membantu saya,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Ain yang dikenali dengan penampilan ‘rugged’  dan ‘funky’ ini akan tampil dengan pengayaan berbeza mengikut kesesuaian tema ABPBH 35 iaitu kesyukuran.

“Saya mengaku kadang-kadang saya banyak buat salah mengenai penampilan ni ada yang boleh terima, tapi ada juga yang tak boleh terima apa kita pakai.

“Tema ABPBH 35 kali ini kesyukuran, jadi saya akan pakai busana yang lebih sopan dan Insya-Allah tiada wardrove malfunction.

“Selalu orang nampak saya pakai ‘funky’ da ‘ragget’ tapi kali ini saya akan menampilkan gaya kewanitaan dengan pakaian lebih sopan dan lembut,” ujarnya lagi ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35) berlangsung di The Agam, pada Selasa.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 akan dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya pada 21 Julai, Jumaat depan dan penaja utama, oleh Fellera Skin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Nov 2025

Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

Uqasha & Kamal kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.

Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Hiburan Wed, 22 May 2019

Nash Pasang Niat Buat Konsert Solo Di IB Oktober Ini

Jika diizinkanNya konsert ‘Santai Legend Bersama Datuk Nash’ bakal menggegarkan pentas IB pada hari ulang tahunnya ke 60 pada 4 Oktober depan.

Featured Fri, 28 Oct 2022
error: Content is protected !!