Categories: Acara

Festival Gegaria #KitaPunya Pukau Puluhan Ribu Pengunjung, Cayalah!

Satu lagi edisi Festival Gegaria telah berlangsung minggu lepas dan seperti biasa, ia telah menarik minat puluhan ribu pengunjung!

Walau bagaimanapun, penganjuran kali ini adalah lebih istimewa kerana salah satu daripada dua harinya telah jatuh pada Hari Kebangsaan Malaysia, iaitu pada 31 Ogos! Wah, syoknya dapat celebrate Hari Merdeka di sebuah festival riang ria!

Oleh sebab itu, tema kali ini adalah #KitaPunya, dan ada banyak tarikan yang berinspirasikan cinta kepada negara serta meraikan semangat patriotisme di acara ini. Memang special!

Foto: Instagram @mamaradzi

Foto: NSTP/Asyraf Hamzah

Festival ini telah diadakan di Tempat Letak Kereta Istana Kehakiman, Putrajaya dan merangkumi dua hari, termasuklah 1 September.

Bagi yang pernah melawati festival Gegaria sebelum ini, anda mungkin tahu yang ia terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Lifestyle Area, Chillex Area, Community Area, E-games serta konsert bersama artis tempatan yang terkemuka.

Salah satu kawasan yang paling happening ialah Lifestyle Area di mana artis serta selebriti Malaysia tampil untuk kongsikan pandangan dan pengalaman mereka tentang topik terpilih.

Contohnya, pelakon Sangeeta Krishnasamy dan penyanyi Noh Salleh telah bercerita tentang kerjaya mereka dalam bidang hiburan.

Foto: NSTP/Luqman Hakim Zubir

Foto: NSTP/Luqman Halim Zubir

Pelakon jelita Elfira Loy pula telah memberi tip-tip fesyen, manakala selebriti kesihatan Hanif Shawn dan Dr Nawar Ariffin telah berkongsi maklumat tentang bagaimana nak jaga kesihatan.

Pada hari Sabtu, portal Hijab & Heels telah bawakan selebriti Instafamous Farah Farhana untuk tunjukkan kepada pengunjung bagaimana untuk memakai makeup yang bertemakan Merdeka. Wooh!

Salah satu sesi temu bual yang menarik perhatian adalah yang melibatkan “Mat” dan “Minah Salleh” yang fasih berbahasa Malaysia, iaitu Rhys William, Cassidy Anderson dan Daniel Tyler (Mat Dan). Seronok tengok mereka berceloteh!

Foto: Facebook Gegaria

Di Lifestyle Area ini juga, beberapa artis telah mengadakan sesi ramah mesra dengan peminat mereka, seperti Bunkface, Kugiran Masdo dan Ejen Ali. Wah, budak-budak mesti suka yang last itu!

Sementara itu, di ruangan Chillex, para pengunjung boleh memenangi hadiah daripada pasukan Jalan-Jalan Cari Makan, serta menonton cooking demo.

Satu lagi acara popular adalah tarian kesihatan pada waktu pagi. Ramai yang join! Sesiapa yang buat betul-betul telah berpeluang memenangi hadiah. Untungnya!

Foto: Facebook Gegaria

Di sepanjang acara itu berlangsung, para pengunjung boleh bermain dengan alat-alat permainan serta mengambil selfie. Di mana-mana saja ada ‘port’ cantik.

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Di area E-games, pengunjung boleh cuba-cuba main permainan video elektronik seperti Tekken 7. Zaman sekarang ini, budak kecil-kecil lagi dah mahir!

Foto: NSTP/Asyraf Hamzah

Acara kemuncak bagi festival ini semestinya konsert yang berlangsung di malam hari. Gempak! Jumlah pengunjung berlipat ganda pada masa ini.

Foto: NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Tengoklah! Penuh!

Antara artis yang membuat persembahan adalah Bunkface, Faizal Tahir, Misha Omar, Stacy, Kugiran Masdo serta Wany Hasrita.

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Foto: NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Memang boleh enjoy, lebih-lebih lagi apabila orang ramai sambut sekali kemeriahan Hari Merdeka.

Foto: NSTP/Aswadi Alias

Bagi anda yang tak datang, rugi!

Tapi tak apa, tak apa. Mungkin ada lagi penganjuran Festival Gegaria pada masa akan datang. Sehingga kita bertemu lagi!

Foto: Instagram GoGegaria

Ad Ops