Categories: Eat Travel

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Adakah anda penggemar donat? Memang sedap kan kalau makan donat bersama secawan teh atau minuman kegemaran. Makan panas-panas lagi sedap kan?

Kalau anda tak rajin nak buat donat sendiri dekat rumah, ada ‘port‘ baharu yang boleh anda beli donat ini. Yang pasti, donat yang dijual bukanlah donat biasa, tapi donatnya berwarna-warni!

Donat warna-warni ini dijual di Jalan Padang Tembak berhadapan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berdekatan Jalan Semarak.

Foto: Cari Forum

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade! Bukan itu saja, donat ini juga mempunyai pelbagai jenis perisa luar biasa seperti donat red velvet, donat pandan, donat perisa coklat, keladi, durian dan juga cheese.

Foto: Facebook

Foto: Facebook

Harga donat ini juga berpatutan, iaitu bermula dari RM2 untuk 3 biji donat dan 4 biji donat bagi jenis perisa yang lain. Gerai ini juga menjual pelbagai jenis kuih-muih tradisional lain seperti karipap, burger Malaysia dan sebagainya.

Bagi anda yang nak rasa, bolehlah kunjungi gerai ini ya!

Sumber: Explorasa

tex_admin