Categories: Acara

Filem Konsert Taylor Swift The Eras Tour Ditayangkan Di Malaysia 3 November Ini!

Nampaknya harapan ramai peminat bintang pop Amerika Taylor Swift di Malaysia yang dikenali sebagai Swifties bakal menjadi kenyataan.

Dipertontonkan di lebih 100 negara seluruh dunia pada 13 Oktober 2023, filem Konsert Taylor Swift: The Eras Tour akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 3 November.

Berita gembira ini disampaikan oleh syarikat pawagam tempatan, GSC beberapa hari lalu dan tiket mula dijual bermula hari ini.

“Swifties, this is what you’ve been waiting for! TAYLOR SWIFT | THE ERAS TOUR is coming to GSC nationwide starting 3 November!

“Are you…Ready for It? Tickets go on sale 18 October, 12PM!” tulis pengendali akaun menerusi kemas kini status Facebook rasmi milik GSC.

Untuk harga tiket, ia dijual bermula RM65 untuk semua lokasi GSC manakala bermula RM155 untuk tayangan di Aurum Theatre.

Terdahulu, pada hujung September, ramai peminat di Malaysia meluahkan rasa kecewa kerana filem Konsert Taylor Swift: The Eras Tour tidak akan ditayangkan di negara ini berdasarkan ciapan yang dimuat naik di laman X milik Taylor Swift.

Padin