Categories: Acara

Kejohanan Berbasikal NST C-Cycle Challenge Kembali Lagi, Kali Ini Lebih Gempak!

Bagi anda yang meminati aktiviti berbasikal, ada berita baik untuk anda!

Kejohanan berbasikal C-Cycle Challenge akan kembali lagi pada 23 September ini dengan laluan baru iaitu di Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor.

Kalau anda tak berminat nak berlumba, berbasikal suka-suka, rilek-rilek pun boleh!

Acara anjuran New Straits Times (NST) dengan kerjasama EcoWorld ini bukan saja bertujuan untuk memupuk minat rakyat Malaysia terhadap sukan berbasikal, tapi juga untuk menyatukan mereka tak kira bangsa, agama serta usia.

Jadi kalau anda memang minat sukan berbasikal, jangan lepaskan peluang ini kerana ia menjanjikan keseronokan, adventure serta pengalaman yang bermakna bagi setiap peserta.

Bukan itu saja! Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000 serta cabutan bertuah berjumlah RM49,000. Wow, banyak tuu!

Untuk pengetahuan anda, C-Cycle Challenge telah diadakan buat pertama kalinya pada Mei tahun lepas di Eco Grandeur Puncak Alam dan disertai oleh seramai 1,000 orang.

Kali ini pula, sebanyak 1,500 peserta dijangka hadir, jadi jom kita join ramai-ramai!

Kategori Penyertaan

C-Cycle Challenge 2018 terbahagi kepada 2 kategori, iaitu Century Ride (ada hadiah wang tunai menanti pelumba terpantas) dan Fun Ride (untuk lumba suka-suka).

1. Century Ride

Kategori kecil:

  • Terbuka Lelaki – untuk peserta lelaki berumur 18 –39 tahun
  • Terbuka Wanita – untuk peserta wanita berumur 18 tahun ke atas
  • Terbuka Lelaki Senior – untuk peserta lelaki berumur 40 tahun ke atas
  • Terbuka Berkumpulan – minimum 6 orang setiap kumpulan

Jarak: 160km

Yuran penyertaan: RM160

Nota: Hanya basikal jenis “road bikes” saja yang dibenarkan

 

 

2. Fun Ride

Kategori kecil:

  • Terbuka Fun Ride – untuk semua peserta

Jarak: 35km

Yuran penyertaan: RM50

Nota: Semua jenis basikal dibenarkan

 

Pendaftaran

Jika berminat, anda boleh daftar dan buat pembayaran secara online di www.nst.com.my/c-cycle dari sekarang hingga 24 Ogos.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sanusi (010-3377566).

Setelah mendaftar, anda akan diminta untuk mengambil “cycling kit” anda 2 hari sebelum acara berlangsung.

Agenda Program

  • 5.30am – Ketibaan peserta
  • 6.00am – Pendaftaran dibuka
  • 6.30am – Sesi panaskan badan ringan
  • 7.00am – Pendaftaran ditutup; peserta akan diminta bersedia di garisan permulaan
  • 7.30am – Century Ride bermula
  • 7.45am – Fun Ride bermula
  • 9.30am – Fun Ride tamat
  • 9.45am – Makanan dihidang untuk peserta Fun Ride
  • 1130am – Century Ride tamat
  • 11.45am – Sesi cabutan bertuah; makanan dihidang untuk peserta Century Ride
  • 12.00pm – Sesi pemberian hadiah
  • 12.45pm – Acara tamat

Hadiah untuk dimenangi bagi Century Ride

Untuk kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Terbuka Lelaki Senior:

  • Tempat pertama: RM2,500
  • Tempat kedua: RM1,500
  • Tempat ketiga: RM1,000
  • Ke-4: RM800
  • Ke-5: RM600
  • Ke-6: RM500
  • Ke-7: RM400
  • Ke-8: RM300
  • Ke-9: RM200
  • Ke-10: RM100

Untuk kategori Terbuka Berkumpulan

  • Tempat pertama: RM4,500
  • Tempat kedua: RM3,500
  • Tempat ketiga: RM3,000
  • Ke-4: RM2,000
  • Ke-5: RM1,000

Jangan lupa! Hadiah cabutan bertuah bernilai RM49,000 juga menanti anda!

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda berminat, sign up sekarang di www.nst.com.my/c-cycle ataupun panggil geng berbasikal anda dan daftar ramai-ramai!

Ad Ops