Categories: Acara

Oh..macam ini rupanya cara Emma Maembong ‘impress’ lelaki, comelnya!

Bercakap mengenai sosok  wanita cantik berstatus selebriti popular seperti Emma Maembong , rasanya dia tidak perlu melakukan sesuatu untuk menarik perhatian lelaki.

Apa yang pasti lelaki-lelaki di luar sana yang perlu berusaha lebih untuk mengagumkan dirinya kerana gadis seperti Emma, bisa mendapatkan sesiapapun jejaka yang dimahukannya. Tampan, bijak dan berharta, dia memang mempunyai keupayaan untuk berdampingan dengan lelaki lengkap ciri-ciri sedemikian!

Mengakui dirinya tidak pandai menarik perhatian lelaki, tetapi bukan kerana merasakan dia tidak perlu melakukan sedemikian kerana lelaki-lelaki sendiri yang terkejar-kejar untuk mendekatinya, namun bagi Emma wanita juga perlu menunjukkan sedikit usaha untuk menarik perhatian si teruna terutamanya jejaka yang disukai mereka.

Hijab & Heels membongkar secara ekslusif bagaimana caranya Emma menarik perhatian lelaki, saat berdepan dengan jejaka yang disukainya.

Video ini dirakam ketika Siri Jelajah ABPBH ke-32 yang berlangsung di Komtar Johor Bahru, baru-baru ini.

Selamat menonton rakaman video Emma yang super cute ini!

Kalau macam inilah cara Emma menarik perhatian lelaki, memang tangkap leleh lah jawabnya!

Yanie Baharom