Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Penyanyi yang popular menerusi lagu Naluri ini berkongsi tips berguna yang diberikan oleh ibunya, Wan Azizah Wan Ismail bagi menjaga keharmonian dan kebahagian rumahtangga. 

Nora, 46 berkongsi gambar ibunya serta tips rumahtangga yang selalu menjadi pegangan beliau menerusi laman instagram miliknya.
Kerap berkongsi tips dan nasihat kepada followers beliau mengenai hal yang berkaitan rumahtangga. Bagi Nora, isteri kenalah berbakti kepada suami kerana ia merupakan lambang kasih dalam sesebuah perhubungan.
Malah, Nora juga berpesan agar mereka yang masih mempunyai suami supaya menjaga suami sebaik yang mungkin. Dan, tidak menganggap diri seperti orang gaji. Kerana, isteri yang patuh dan berbakti kepada suaminya akan mendapat pahala.
“Berbakti pada suami bukan bererti kita orang gaji, Ianya lambang kasih seorang isteri yang patuh pada suami. Kerana Allah, selain mendapat pahala, percayalah suami akan sentiasa bersama” Katanya.
Salma Syahbuddin