Categories: Acara

Pelancaran taman tema air Angry Birds pertama di dunia

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Rovio Entertainment dan One Universal Production (OUP) mengadakan kolaborasi dengan menandatangani perjanjian untuk membawa satu pengembaraan baru iaitu Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia seiring dengan sambutan ulang tahun Angry Birds yang ke-10.

Taman tema air ini akan diadakan di Sp Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba. Tarikh operasi taman tema air ini dijangka bermula pada 22 November 2019 dan berakhir pada 5 januari 2020, tetapi ia tidak akan dibuka setiap hari kepada umum sebaliknya bergantung kepada pihak penganjur  sepanjang  tempoh dua bulan beroperasi.

Anurag memberikan ucapan ketika majlis menandatangani perjanjian bersama One Universal Production
Foto: Rovio Entertainment

Pengarah Rovio Entertainment India dan Asia Tenggara, Anuraq Sachdera, berkata pembinaan taman tema ini diinspirasikan daripada permainan angry birds yang cukup mendapat tempat dalam kalangan pengemar game dalam talian. 

“Idea ini tercetus bermula dengan angry birds yang merupakan permainan mudah alih yang popular dan berkembang dari aplikasi permainan ke skop hiburan. Boleh dikatakan pelbagai golongan usia mengetahui mengenai angry  birds ini.

“Sambutan yang hangat terhadap filem Angry Birds 2 baru-baru ini juga dijangka melonjakkan lagi sambutan orang ramai sekali gus menjadikan taman tema air ini mendapat sambutan hebat,” katanya.

Alvin memberi ucapan ketika majlis menandatangani perjanjian
Foto: Rovio Entertainment

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production, Alvin Lee berkata,   hanya 2000 tiket akan dijual untuk pengunjung setiap hari untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar dan pengunjung mampu merasai pengalaman yang hebat mengenai angry birds.

Red, antara salah satu watak angry bird menceriakan majlis pelancaran taman tema air inflasi mudah alih Angry Birds NSTP/Rohanis Shukri

Antara permainan gelongsor yang bakal ada di taman tema air
Foto: Rovio entertainment

Foto: Rovio entertainment

Terdapat watak-watak menghiburkan yang memeriahkan lagi kemunculan angry birds di taman tema air ini selain penganjur turut membina

gelongsor berketinggian 12 meter yang pasti akan memberikan keseronokan kepada pengunjung. Selain itu ada juga perarakan watak-watak utama angry birds, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari yang pasti akan menghiburkan anda! 

tex_admin