Acara By: Ad Ops August 23, 2018 @ 5:08pm

Sambut Hari Kebangsaan Anda Tahun Ini Di Festival Gegaria Putrajaya, Jom Serbu!

Setelah ‘berehat’ selama 4 bulan lebih, festival riang ria Gegaria kini kembali lagi! Yay! 

Bagi anda yang tak pernah kunjunginya, acara anjuran Media Prima Berhad ini diadakan bagi mewujudkan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berhubung, berkongsi dan memberi inspirasi kepada satu sama lain.

Salah satu tarikan utama bagi festival ini adalah pelbagai acara yang menanti pengunjung. Selain menangi hadiah dan makan-makan, mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan artis tempatan kegemaran mereka. Wah, tak boleh miss! 

Sebelum ini, Festival Gegaria pernah diadakan di bandar-bandar utama di Malaysia, termasuklah Sg. Petani, Ipoh, Shah Alam dan Seremban.

Edisi yang akan datang ini pula bakal berlangsung selama 2 hari di Tapak Letak Kereta Istana Kehakiman, Putrajaya, iaitu pada 31 Ogos dan 1 September.

Maknanya kita boleh celebrate Hari Kebangsaan Malaysia beramai-ramai di sana! Woooh, syoknya!

Jom kita check out apakah aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh buat di Festival Gegaria Putrajaya nanti. 

Acara menarik untuk disertai!

1. Lifestyle Area

 

Festival Gegaria di Putrajaya ini terbahagi kepada beberapa segmen. Pertama sekali ada kawasan Lifestyle di mana anda boleh berjumpa dengan ramai artis tempatan dan mendengar cerita personal yang mereka ingin kongsikan.

Pada 31 Ogos dari 3 petang, artis yang akan menemui pengunjung terdiri daripada Elfira Loy, Sangeeta Krishnasamy, Ujang serta Noh Salleh dan Pa’din Musa.

Pada 1 September pula dari 10 pagi, kumpulan Bunkface, Kugiran Masdo, Ejen Ali, Elfira Loy, Nandini Zaidi, Mat Dan, Rhys William & Cassidy Anderson, Farah Farhana dan Hanif Shawn & Dr Nawar Ariffin akan menemui peminat.

Ramai tu! Jadi jangan lepaskan peluang ini dan selalu jenguk-jenguklah di kawasan Lifestyle untuk berjumpa dengan mereka, okay?

 

A post shared by GoGegaria (@gogegaria) on

 

A post shared by GoGegaria (@gogegaria) on

2. Chillex Area

Kawasan Chillex pula tak kurang hebat kerana ia bertemakan makan-makan dan kecergasan.

Acara utama di sini adalah Tarian Kecergasan yang akan berlangsung pada 1 September, pukul 8 pagi. Jom sertai ramai-ramai demi kesihatan anda! Kalau berminat, anda boleh daftar di sini.

Selain itu, Chillex Area adalah kawasan khas untuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Semua pengunjung berpeluang untuk menangi hadiah giveaway di sini setiap hari.

Bukan itu saja, Cooking Demo Jalan-Jalan Cari Makan bersama Chef Ikhwan dan hos Nazrudin Rahman pun akan dibuat di situ, iaitu pada hari Sabtu, 12.30pm dan 3pm.

Dan kalau anda terasa lapar bila tengah jalan-jalan di sini, ada macam-macam food truck yang disediakan, seperti Tajima Burger, Mie Cord Char Koay Teow dan Rojak & Cendol Shah Alam.

3. Community Area

Festival Gegaria ini bukan sekadar hiburan saja, kerana ia memang merupakan sebuah acara untuk masyarakat.

Dengan itu, ada kiosk-kiosk Pemeriksaan Gigi, Saringan Kesihatan serta Pemeriksaan Jantung oleh IJN yang dibuka untuk para pengunjung pada kedua-dua hari acara ini berlangsung.

Jika anda ingin merujuk kepada pakar tentang kesihatan anda, jangan lupa untuk lawati kiosk ini, ya!

4. E-Games

Satu lagi segmen popular yang menjadi sebahagian daripada Festival Gegaria adalah E-Games di mana para peminat video game boleh cuba-cuba test power skil mereka dalam bermain permainan electronik.

 

A post shared by GoGegaria (@gogegaria) on

Pada 1 September, tournament MyGameOn MLBB All-Star Arena akan bermula. Pasukan-pasukan Mobile Legends terbaik di Malaysia telah dijemput untuk beradu tenaga. Hadiah wang tunai bernilai RM10,000 akan diberikan kepada para pemenang. Wah!

Tapi kalau anda nak, anda boleh juga cuba-cuba main permainan yang disediakan. Manalah tahu, mungkin anda ada skil untuk join pasukan gaming selepas ini? Boleh menang hadiah lumayan, wo!

Sementara itu, pada kedua-dua hari tersebut juga, ada beberapa game lain yang orang ramai boleh main secara percuma. 

Mereka adalah F1 Simulator Racing, Dragon Ball Z, Mario Kart, Guitar Hero, permainan jenis Virtual Reality dan banyak lagi. Jika berminat, lawati kawasan Predator Gaming Zone, ya!

Zon E-Games ini dianjurkan oleh MyGameOn dan ditaja oleh Predator Gaming, bersama gaming partners KITAMEN dan Flash Vision. Woohoo!

5. Konsert

Yaaa, acara kemuncak bagi Festival Gegaria ialah segmen konsertnya. Ia akan berlangsung pada hari Sabtu, 1 September bermula dari 9 malam.

Menemui anda dari pentas persembahan konsert itu nanti adalah Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir! Wow, bukan calang-calang orangnya!

Dah lihat betapa excitingnya Festival Gegaria yang akan datang ini? Jangan ketinggalan, ya! Jika anda tak ada apa-apa perancangan pada hujung minggu itu, jom ke Gegaria!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Acara Tue, 2 Apr 2019
Acara Tue, 6 Sep 2022
Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Acara Wed, 8 Aug 2018

Ladies, Jom Serbu Konsert Anuar Zain Di Singapura Oktober Ini!

Anuar Zain Cinta Takkan Beakhir Live In Singapore 2018 akan diadakan pada 26 Oktober 2018, 8.30 malam di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Sun, 4 Dec 2022