Acara By: Padin March 4, 2022 @ 5:32pm

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan.

Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji daripada majikan kesan daripada pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin, kempen Raikan Ramadan yang dianjurkan yayasan yang menyaksikan sasaran pada tahun ini adalah sebanyak RM5 juta.

“Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai, pada Ramadan yang lepas, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM1.2 juta kepada golongan asnaf.

“Mereka terdiri dari penduduk di 15 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar lembah Klang, pusat perlindungan dan kebajikan, para petugas barisan hadapan, rumah anak-anak yatim, pusat-pusat tahfiz dan lain-lain dengan anggaran lebih 35,000 orang penerima manfaat.

“Hari ini, Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan dengan mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM 5 juta.

“Kempen ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana,” katanya.

Muhammad Shuib berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kajang sebentar tadi.

Selain itu, katanya, yayasan juga merancang untuk mengagihkan bantuan Ramadan tahun ini ke negara timur tengah seperti Mesir dan Lubnan.

“Daripada jumlah RM 5 juta yang disasarkan itu, sebanyak RM 1.5 juta akan digunakan bagi membantu lebih 40,000 orang penerima manfaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Dana selebihnya akan diagihkan kepada yang layak pada bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun 2022.

“Kami mengambil inisiatif memperkenalkan lima pakej yang ditawarkan bagi menjayakan Kempen Raikan Ramadan ini,” ujarnya lagi yang turut bekerjasama dengan beberapa selebriti seperti Johan As’ari, Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun dan  Azmi Saat yang dilantik sebagai duta.

Lima inisiatif pakej tersebut adalah Kongsi Rezeki, Infaq Quran, Ramadan Timur Tengah, 30 Hari 30 Sedekah dan Cabaran 1000 Bulan.
Selain itu, sempena Ramadan kali ini, buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah akan melaksanakan Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar kelas Sahabat Al-Quran.

Mereka yang berminat untuk membuat sumbangan boleh hubungi 019-922 1236 (Aliza).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang yayasanmaghfirah.org

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 13 Apr 2018

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Mon, 29 Jan 2018

Jom Meriahkan Gegaria Johor Bahru

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Acara Tue, 21 Aug 2018

Ikuti 4 Langkah Persediaan Penting Sebelum Anda Memulakan Aktiviti Berbasikal

Kalau tak nak cedera, baik anda ikuti tip-tip ini.

Acara Mon, 6 Mar 2023
Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Mon, 23 Dec 2019

Individu normal wajar pelajari bahasa insyarat

Bahasa isyarat sangat menarik sebenarnya!