Acara By: Ad Ops April 13, 2018 @ 4:50pm

Jom Pi Gegaria Fest Di Amanjaya Mall, Sungai Petani Ahad Ini. Super Happening!

Kepada orang Utara semua, nak ‘habaq’ mai sat yang Gegaria Fest akan menggegarkan Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada Ahad ini.

Inilah masanya untuk anda bawa kaum keluarga, rakan-rakan serta jiran-jiran anda untuk serbu dan memeriahkan lagi festival hipster abad ini.

Rugi kalau tak pi sebab banyak booth serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana sepanjang hari. Gerenti memang tak bosan!

Bermula seawal jam 7.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam, Gegaria Fest menjanjikan satu pengalaman hujung minggu yang memang happening buat anda semua.

Jom sihat!

Yang belum daftar untuk tarian kecergasan bersama jurulatih kecergasan, Hanif Shawn, jangan risau sebab anda boleh walk-in sahaja ke meja pendaftaran yang dibuka jam 7.00 pagi. Datang cepat ya untuk dapat doorgift berisi T-shirt, beg drawstring dan bandana secara percuma! Siapa lambat memang melepas.

Dah penat bersenam, anda juga boleh dengar perkongsian tentang topik kesihatan di booth Gaya Hidup daripada Hanif Shawn dan juga Dr. Say. Tanya apa sahaja persoalan yang bermain di fikiran anda tentang kesihatan dan mereka akan cuba untuk menjawabnya.

Jom chillex!

Kalau dah bersenam, gerenti lapar kan? Di Gegaria Fest, terdapat banyak Food Truck disediakan dan anda boleh pilih saja apa nak makan. Selain itu, anda juga boleh join pertandingan makan serta tengok demonstrasi masak daripada Chef Iwan, juara Hero Oven musim kedua.

Jom jumpa artis kesayangan anda!

Tak sahlah Gegaria Fest kalau tak ada artis kan. Di booth Gaya Hidup, anda boleh bertemu dengan Nabila Razali yang akan berkongsi tentang Tip Fesyen, Elfira Loy (Fesyen dan Kecantikan), Scha Alyahya dan Awal Ashaari (Tip Kekeluargaan), Wani Kayrie (Tip Kejayaan SPM 2017) serta sesi ramah mesra bersama pelakon Reen Rahim, Eyka Farhana serta pengacara program Kata Serasi di ntv7, Naz Rahman dan Diana Danielle! Fuhh…ramai kan.

Ada lagi, anda juga boleh jumpa dengan selebriti #YOUCANDUIT iaitu Mak Cun di pentas utama. Tidak cukup dengan itu, konsert Gegaria Fest yang sentiasa dipenuhi dengan lautan manusia sepanjang enam lokasi sebelum ini turut menampilkan artis terkenal tanah air pada acara kemuncak Gegaria Fest.

Kali ini menampilkan barisan artis seperti Kugiran Masdo, Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Stacy, Bunkface dan Hujan. Memang teruja!

Jadi apa tunggu lagi warga Utara semua terutamanya orang-orang Kedah, jom pakat mai serbu Amanjaya Mall di Sungai Petani, Kedah pada Ahad, 15 April ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Gegaria Fest, boleh ikuti laman Facebook GoGegaria dan juga Instagram GoGegaria ya! Jangan lupa guna #GoGegaria #GegariaFest #KitaOK #YOUCANDUIT apabila berkongsi kegembiraan anda di sana laman sosial.

Sebelum itu, jom tengok sekitar kemeriahan Gegaria Fest yang berlangsung di Dataran Centrio, Seremban pada 7 April lalu.

 

 

Please enable Javascript to watch this video

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 19 Aug 2022

Aqila Afindi Dinobat Sebagai Ikon Wanita Melayu 2022

Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022

Acara Thu, 22 Aug 2019
Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Mon, 28 Feb 2022

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah. Dengan perbelanjaan […]

Acara Tue, 4 Feb 2020
Acara Thu, 16 Jan 2020

Tema petang musim panas pacu Ummiriaz ke persada antarabangsa

Potongan selesa, saiz apa pun boleh pakai!

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam