Acara By: Ad Ops August 23, 2018 @ 11:39am

Minat Menari? Jom Sertai Parti Tarian Kecergasan Anjuran Celebrity Fitness & Fitness First September Ini!

Sebenarnya aktiviti menari pun boleh dikategorikan sebagai senaman, kan? Yalah, bukan senang nak cuba persembahkan semua jenis gerak tari kerana ada yang rumit-rumit.

Pada masa yang sama, penari tersebut mesti mengikut tempo lagu yang dipasang. Kalau laju, gerenti berpeluh. Tak mustahil kalau ia lagi mencabar daripada jenis senaman lain!

Kini elemen tarian dan senaman telah digabungkan untuk menjadi sebuah aktiviti kecergasan yang dipanggil dance fitness. Pernah dengar tentang tarian Zumba? Itulah salah satu daripadanya!

Dance fitness merangkumi senaman aerobik dengan tahap kesukaran yang bergantung kepada jenis muzik yang dimainkan.

Ia bukan saja bagus untuk kesihatan jantung si penari, malah ia juga boleh bantu memperbaiki imbangan dan koordinasinya.

Jika anda meminati aktiviti ini ataupun ingin mencuba, ada acara yang perfect untuk anda!

Jom menari ramai-ramai!

Celebrity Fitness dan Fitness First akan menganjurkan sebuah acara kecergasan yang unik yang digelar “Synergy 02 // Dance” pada 29 September ini di Kompleks Sukan Setiawangsa.

Di sini, aktiviti dance fitness akan berlangsung secara back-to-back dari pukul 4 petang, jadi anda boleh sertainya dan serlahkan bakat menari anda.

Ada pelbagai jenis tarian yang akan diketengahkan, seperti Zumba, Body Jam, Sh’Bam, Bhangra Jam, DN’A (Dance N’ Attitude), K-Pop serta Fusion. Pilih saja yang mana anda suka.

Yang seronoknya, acara ini melibatkan ramai orang, jadi anda tak perlu malu-malu. Kalau ada geng, ajak mereka join sekali. Yang bukan ahli Fitness First atau Celebrity Fitness Malaysia pun boleh join!

Synergy 01 // Adrenaline

Bagi anda yang tak tahu, Synergy merupakan platform acara kecergasan yang dibawakan khas oleh Celebrity Fitness dan Fitness First. Ia menggabungkan program-program kecergasan mereka yang terbaik  untuk para ahli dan bukan ahli  sertai.

Synergy 02 // Dance merupakan edisi yang kedua. Yang pertamanya telah diadakan pada Mac tahun ini di Publika. Terbuka secara percuma, ia bertemakan Adrenaline dan seramai 300 telah menyertainya.

Jika anda inginkan gambaran tentang bagaimana rupanya acara Synergy ini, jom tengok video ini.

Happening sungguh, kan? Mungkin beginilah rupa Synergy 02 // Dance pada bulan September nanti. Hmm… entah-entah lagi meriah. Itu sebabnya anda tak boleh lepaskan peluang ini!

Bersenam sambil beramal

Dengan menyertai acara ini, anda juga berpeluang untuk berbakti kepada komuniti. RM10 daripada harga tiket anda akan disalurkan ke Yayasan Make-A-Wish Malaysia yang bertujuan untuk menunaikan permintaan kanak-kanak yang menghidapi penyakit merbahaya seperti kanser.

Bagi anda yang tak tahu, yayasan ini telah ditubuhkan oleh anakanda kedua Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sasaran kutipan derma daripada acara Synergy 02 // Dance ini adalah sebanyak RM15,000. Jadi anda bukan saja berseronok, anda juga boleh beramal!

Aturcara

Seperti mana yang anda tahu, Synergy 02 // Dance akan berlangsung dari petang sampai ke malam. Inilah part yang best kerana ada pelbagai jenis tarian yang ditawarkan. Jadi anda boleh pilih sesi mana yang anda minati.

Kalau nak join semua sesi pun boleh. Tambahkan lagi sikit cabaran, apa salahnya?

4.10pm – 5.00pm: Sesi Tarian DN’A Special

5.15pm – 5.45pm: Sesi Tarian Ritmozum

6.00pm – 6.30pm: Sesi tarian Dance Fusion

6.45pm – 7.15pm: Sesi tarian Bhangra Jam

7.15pm – 7.30pm: Rehat

7.30pm – 8.30pm: Sesi tarian Zumba

8.40pm – 9.40pm: Sesi tarian Les Mills Sh’Bam

9.40pm – 10.40pm: Sesi tarian Les Mills Body Jam

Cara-cara penyertaan

Acara ini terbuka kepada semua orang ramai, tidak kira usia.

Tiket penyertaan untuk ke Synergy 02 // Dance berharga RM65 setiap satu dan 1,000 peserta pertama yang mendaftar akan mendapat sehelai T-shirt percuma serta goodie bag.

Jika berminat, anda bolehlah mendaftar melalui online di bit.ly/SYNERGY02, ataupun beli saja terus tiket penyertaan anda di mana-mana cawangan Celebrity Fitness atau Fitness First Malaysia.

Kalau anda tak sempat mendaftar awal-awal, no problem! Pada 29 September nanti, tiket penyertaan juga akan dijual di pintu masuk acara ini dengan harga RM80.

Promo istimewa!

Nanti, nanti! Ada peluang menarik yang menanti bakal peserta. Hijab & Heels adalah media rasmi acara ini, jadi jika anda menggunakan kod promo “HIJABNHEELS” sewaktu mendaftar online, anda boleh menangi hadiah eksklusif daripada portal gaya hidup tersebut!

Hadiah-hadiah ini terdiri daripada akses percuma ke mana-mana kelab Celebrity Fitness atau Fitness First Malaysia selama 2 minggu, serta beg cenderahati daripada Hijab & Heels bernilai RM70 (sementara stok masih ada). Wah!

Selain dapat meningkatkan tahap kecergasan, setiap pengunjung juga boleh merebut peluang untuk menangi cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik!

Bila anda dah penat dan nak rehat seketika, ada juga kiosk makanan dan minuman, serta barangan kecantikan dan fesyen untuk anda tengok-tengok dan beli. 

Jadi tunggu apa lagi? Ajak geng ramai-ramai dan daftar di bit.ly/SYNERGY02 sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 9 Mar 2019

Ayda Jebat beri sentuhan peribadi untuk Anas Cosmetics

Didatangkan dalam pek kecil dan mampu milik! 

Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Acara Mon, 8 Oct 2018

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Bintang Paling Popular membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Fri, 19 Jan 2018

AJL 32 Angkat Tema Fesyen dan Muzik

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan menyaksikan Fesyen dan Muzik diangkat sebagai tema utama. 

Acara Wed, 26 Feb 2020
Acara Mon, 15 Aug 2022