Acara By: Padin October 18, 2023 @ 3:53pm

Lahirkan Usahawan Menerusi Kolaborasi Dengan Radio Kool 101… Kini Usanita Jalin Kerjasama Dengan PERKEP, Mahu Angkat Kehebatan Wanita

Jika sebelum ini Usanita Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan stesen radio Media Prima Audio, iaitu Kool 101 untuk membantu membangunkan modal insan peniaga melalui program, Usahawan Masterclass dan Superintis Usanita Kool 101, kini mereka mengembangkan fokus untuk mengangkat kehebatan wanita.

Biarpun sering dikaitkan dengan program yang berbentuk keusahawanan, Usanita kali ini mahu melebarkan sayap dengan lebih lagi dengan perkongsian tentang kesihatan mental dan menjaga kebajikan para wanita menerusi kolaborasi bersama Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Puan Sri Zainah Othman selaku Pengerusi PERKEP Malaysia kerana percaya pada Usanita Sdn Bhd untuk bersama-sama menjalin usahasama dibawah payung PERKEP.

“Ini adalah untuk mengejar misi dan visi yang sama iaitu membantu wanita membina keyakinan dan saling memberi sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kesejahteraan hidup.

“Saya percaya gabungan ini akan menjadi inspirasi pada ramai kaum wanita di Malaysia bukan sahaja dikalangan ahli PERKEP bahkan juga oleh lain-lain gabungan dan individu-individu secara keseluruhannya. Saya melihat Puan Sri Zainah sebagai Iron Lady kerana tanggungjawab yang digalas oleh beliau amat besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Datuk Seri Dr Hasan.

Adzliana ditemui ketika di Majlis Hi- Tea PERKEP Malaysia X Usanita yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis ini juga turut dihadiri seramai 200 ahli PERKEP Malaysia dan Usanita Sdn Bhd menampilkan juga rakan strategik mereka iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari dan Zoey Rahman sebagai pengacara majlis dan badan-badan korporat yang terlibat rapat dengan Usanita Sdn Bhd. Turut serta pada program ini ialah usahawan Perintis Usanita yang membuka booth jualan produk mereka.

Menurut pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Zainah Othman, dia melihat pelbagai liku dan rintangan yang sering dihadapi oleh para wanita terutama oleh isteri pegawai dan anggota Polis dan terpanggil untuk membantu mereka untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat.

“Wanita merupakan insan yang kuat dan bersemangat kental, mereka ini hanya perlukan sedikit suntikan kesedaran untuk mereka terus maju. Wanita para isteri anggota dan pegawai PDRM ini adalah tulang belakang kepada keluarga yang akan mendidik anak-anak dan membentuk keluarga, selaras dengan slogan PERKEP iaitu Keluarga Bahagia Pasukan Sejahtera.

“Saya percaya dengan adanya kepakaran dan pengalaman daripada Adzliana sebagai pemain industri pasti akan memeriahkan lagi pelbagai aktiviti yang akan dirangka bersama Usanita selepas ini. Aktiviti selepas ini akan lebih dekat dengan semua wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan menjana ekonomi keluarga,” kata Zainah.

Kolaborasi ini akan menjadi satu penanda aras yang baru buat Usanita Sdn Bhd untuk sentiasa berikan yang terbaik dalam semua program yang dijalankan dan memastikan objektif yang dirancang akan dicapai dengan jayanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 17 Aug 2019
Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

Acara Mon, 24 Sep 2018

C-Cycle Challenge 2018: 1,200 Peserta Hangatkan Eco Santuary!

Lebih daripada sebuah sukan berbasikal, objektif utama penganjuran acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sesama masyarakat.