Acara By: Aqilah Paharuzi February 12, 2023 @ 5:29pm

AJL 37: Mencari Asal Usul ‘Aina Abdul’ Yang Jauh Menghilang Antara Persediaan Terus Hidup – “Saya Rasa Tak Jujur…”

Kehangatan anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 menyaksikan kehebatan pertandingan lagu antara 12 finalis semakin hangat terasa!

Menjelang acara kemuncak bakal berlangsung malam ini, XTRA sempat menemu bual salah seorang finalis popular, Aina Abdul yang menjadi sebutan ramai antara bakal merebut kedudukan tiga teratas dan berpeluang merangkul gelaran Vokal Terbaik.

Semenjak kemunculan pertamanya menerusi lagu Sumpah pada AJL 34 lalu, penyanyi bervokal lantang ini terus menempa nama di platform AJL selama tiga tahun berturut-turut dengan empat penyertaan.

Penglibatan buat kali keempat kali ini mempertaruhkan lagu Terus Hidup hasil ciptaannya sendiri.

Menurut Naib Juara AJL 35 ini, dia kadang kala mengalami depresi dek perubahan emosi yang terlalu ‘berat’ dalam lagu Terus Hidup.


“Sebenarnya setiap tahun kesukaran membawa sebuah lagu itu berbeza. Pada tahun lepas, AJL 36, kesukaran untuk lagu Sepi adalah pada tahap ketinggian vokal note yang saya boleh capai.

“Kali ini, walaupun lagu Terus Hidup ini tidak setinggi Sepi, tetapi bagi saya sangat berat dan kadang kala saya depressed sebab emosi dalam lagu ini berubah-ubah. Saya juga manusia biasa,” katanya.

Selain meluangkan masa bersama keluarga tercinta, Aina mendedahkan caranya untuk menyuntik emosi dan penjiwaan sepenuhnya dalam membawa lagu Terus Hidup adalah dengan mencari asal usul dirinya sebenar yang telah ‘hilang’ dan terlalu jauh.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Fool ini berkata untuk memastikan emosi sampai kepada penonton, dia perlu mencari ‘Nurul Aina Abdul Ghani’ yang terpahat jauh dalam hatinya, sebelum namanya dikenali sebagai Aina Abdul dalam industri seni.

“Jadi apa yang saya lakukan untuk mencapai penjiwaan sepenuhnya dan mendapat emosi adalah dengan reconnect dengan diri saya yang dulu. Saya banyak habiskan masa bersama keluarga. Sebelum ini bukan tak bersama keluarga, cuma terlampau sibuk.

“Tetapi untuk kali ini, panggilan lagu Terus Hidup buat saya rasa macam in order for me to perform well, I need to find my old self. Kadang kadang saya rasa macam terlalu jauh dari Nurul Aina.

“Saya hari-hari jadi Aina Abdul jadi saya rasa macam saya tak jadi jujur pada diri sendiri. Jadi saya reconnect dengan diri sendiri dan keluarga. Menjadi seorang manusia sebelum muncul nama Aina Abdul. Itulah persediaan saya untuk mendapatkan emosi dalam lagu Terus Hidup,” katanya.

Sementara itu, disoal sama ada dia berasa tertekan apabila namanya disebut-sebut menjadi pilihan peminat untuk merangkul gelaran Juara dan Vokal Terbaik, Aina berkata dia tidak aktif  di media sosial buat sementara waktu.

Jelasnya, Aina meluahkan rasa takut untuk membaca pujian yang diterima oleh rata-rata peminatnya kerana bimbang sekiranya pujian tersebut menjadi satu racun dalam hidupnya.

“Saya dah beberapa hari ini tak tengok phone, hanya bila perlu sahaja. Kadang kala saya tengok Instagram Stories yang saya kenal.

“Timeline saya scrolling media sosial maksimum hanya 10 min sebab saya takut nak membaca segala pujian kerana perkara itu macam satu racun dalam hidup saya.

“Selama tujuh tahun saya menanti untuk capai ke tahap ini. Saya pernah berada dalam situasi yang termakan pujian. Jadi saya berusaha untuk tak membaca apapun.

“Sebaliknya saya akan absorb good energy yang saya dapat rasa. Walaupun saya tak baca mesej mereka, saya tahu ramai mendoakan saya.

“Tetapi kalau terbaca komen yang tak elok tu saya akan cepat cepat tutup sebab tak bagus terutamanya untuk hari istimewa macam AJL ni,” tambahnya lagi.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Jun 2025
Trending Sun, 22 Apr 2018

一家五口拍全家福「寿司全家福」照萌到融化

几场恋爱失利后,使你变成一个不婚主义的人吗?看完了这个IG帐号,保证绝对会大改观!国外一家五口的小家庭,常常PO出超幸福的全家福照,画面溢出满满的爱,让人都好想结婚、组成自己的家庭。

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Akui Kurang Tawaran Berbanding Auddra & Thalita, Marsya Qistina Tak Terasa Hati – “Saya Buat Kerja Belakang Tabir”

meskipun tawaran yang diterima tidak sebanyak rakan peserta lain seperti Auddra dan Thalita, dia tetap aktif dalam bidang seni.

Featured Fri, 8 Aug 2025

Sherry Alhadad Menangis, Pernah Lalui Fasa Sukar Turunkan Berat Badan

Sherry Alhadad mengaku pernah melalui fasa sukar dalam usaha menurunkan berat badannya.

Trending Mon, 27 May 2024

‘Cardiac Arrest’ Punca Kematian, Ibu Nabil Zamanhuri Reda

Semoga Nabil ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

Featured Mon, 27 Apr 2026

Didi Astillah Kemalangan, Alami kecederaan Dikepala

Didi dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dibahagian kepala akibat terjatuh dari tangga.

Trending Sun, 28 Oct 2018

Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

Tragedi Di Dapur Rumah, Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

error: Content is protected !!