Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 12, 2026 @ 2:07pm

Pertama Kali Sambut Ramadan Sebagai Isteri, Amira Othman Harap Dikurnia Kesihatan & Keberkatan – “Kita Kena Masak Sahur”

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui Ramadan kali ini cukup berbeza buat dirinya apabila pertama kali menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.

Menurut Amira, perubahan status membuatkan persiapannya juga sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Malah, dia berharap Ramadan kali ini membawa seribu satu kebaikan buat dirinya dan semua pihak.

“Okay, persiapan Ramadan tahun ni, of course lainlah kan sebab dah ada suami. So tahun ni,  kita kena masak sahur dan sebagainya.

“Jadi saya harap saya dapat buat, yang penting pada saya adalah mudah-mudahan Allah bagi kesihatan yang baik sebab kita pun ada komitmen kerja kan? Dalam masa yang sama kita pun nak orang kata nak kan keberkatan Ramadan tu.

“So hopefully Ramadan kali ni memberi macam-macam keberkatan kepada kita semua,” katanya.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran koleksi tudung jenama Qyraisya yang berlangsung di Ruang Rama, Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas mengenai jadual kerjanya sepanjang Ramadan, Amira memaklumkan, dia tetap perlu memenuhi komitmen yang telah ditetapkan sekali gus menepis dakwaan kononnya dia dan suami, Fattah Amin menerima tawaran secara ‘berpakej’.

“Untuk Ramadan sebenarnya kita banyak juga kerja yang yang harus dilakukan bersama Fattah. Saya tak boleh buat apalah sebab memang kerja harus dilaksanakan. Kita pun ada kontrak dan sebagainya.

“Jadi saya harap semua orang cakap benda yang baik-baik je lah kan. Untuk anda yang bercakap benda yang tak baik tu, saya tidak tahu di manakah benefitnya kan?,” jelasnya.

Tambahnya, adalah lebih baik untuk berdiam diri daripada berkata sesuatu yang tidak memberi manfaat.

“Klaau saya lah, lebih baik diam. Diam dari berkata perkara-perkara yang tidak perlu, tidak memberi manfaat. Nanti end up takut-takut ianya makan diri kita sendiri.

“Macam saya selalu pesan lah, jadilah orang baik sekalipun diperlakukan tidak baik… sebab tak ada apa pun kita nak buktikan kat manusia ni. So kita buat kerja kita je, dan kita pun tak ada buat jahat kat orang, mudah-mudahan Allah lindung kita daripada benda-benda yang tidak baik,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

Sekadar info, Amira telah dilantik sebagai duta jenama tudung Qyraisa sesuai dengan personalitinya yang sopan, elegan dan merendah diri selari dengan identiti jenama itu yang menitikberatkan kesederhanaan dan keanggunan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Tue, 2 Sep 2025

Ulasan Konsert: Dekad Pertama Kugiran Masdo Diraikan Penuh Sukses Dalam Gemilang Retro Moden

Malam itu berjaya membuktikan mengapa Masdo layak digelar peneraju utama genre retro moden di Malaysia!

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

BEST SANGATKAH SAMPAI CECAH 1.2 JUTA VIEWERS? – HAQIEM RUSLI

Muzik ala-ala Justin Bieber ini turut mendapat pujian rata-rata peminatnya dan sudah tentu mereka yang baru sahaja mendengar lagu ini

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Janjikan Kelainan, Ruffedge Gegar Singapura ESOK!

Memandangkan ada penonton dari Singapura yang datang pada konsert kami di Kuala Lumpur, ada lagu yang kami nyanyikan tempoh hari tidak akan dinyanyikan.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang

Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19

Featured Fri, 28 Jul 2023
error: Content is protected !!