Euforia Bola 2026
Acara By: Khairil Khusyairi February 13, 2023 @ 5:05pm

AJL 37: Ketua Juri Dedah Ernie & Marsha Pesaing Terdekat Vokal Terbaik, Aina Abdul Tak Rasa Kalahkan Pesaing – “Saya Peminat Mereka, Kemenangan Adalah Rezeki”

Juara Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37), Aina Abdul menganggap kemenangannya merangkul trofi Vokal Terbaik pada edisi kali ini adalah rezeki.

Mengulas mengenai kejayaan magis itu, Aina berkata dia tidak mengalahkan pesaing rapatnya yang juga mempunyai kehebatan dalam vokal malah menggagumi mereka sejak mula bertapak dalam industri.

“Saya tak berani untuk katakan saya kalahkan mereka tapi ia rezeki saya.

“Mereka hadir dalam dalam industri ini lebih awal daripada saya. Pastinya video-video mereka, apa sahaja yang mereka tontonkan di kaca televisyen di permulaan karier saya, semua saya tonton, semua saya belajar.

“Saya peminat besar Ernie Zakri, Liza Hanim, Shila Amzah, Dayang dan Marsha, saya rasa bukan kalahkan atau apa, ia rezeki Allah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail berkata, Aina mempunyai sedikit kelebihan dalam vokal berbanding finalis lain seperti Ernie Zakri dan Marsha Milan.

“Kita menjurikan Vokal Terbaik berpandukan pada lagu. Contohnya seperti Ernie, mungkin dia boleh buat lebih lagi tapi karyanya tak dapat tonjolkan semua kekuatan vokalnya.

“Ernie menyanyi dengan bagus malam ini tapi kalau nak dibandingkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh Aina, Aina mempunyai gubahan yang sangat baik.

“Begitu juga dengan Marsha yang juga kami merasakan persembahannya bagus, cuma dia terlalu banyak membuat jeritan sehingga boleh memerangkap dirinya. Tapi saya tidak menafikan dia adalah penyanyi yang baik.

“Cuma dalam kaedah kami menjurikan kategori ini, kami melihat Aina adalah penyanyi terbaik dengan gubahan lagu yang dibuat malam ini, dia dapat melaksanakan dengan baik. Dalam tiga terbaik ini, Aina mengatasi Ernie dan juga Marsha,” katanya.

AJL 37 menyaksikan lagu ciptaan sepenuhnya Aina Abdul ini membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi dan berjaya menewaskan 11 lagu lain yang bersaing di Axiata Arena, Bukit Jalil.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: Tepati Ramalan! Terus Hidup Dinobat Juara, Ini Keputusan Penuh AJL 37

ARTIKEL BERKAITAN: AJL 37: “Persaingan Sengit… Terus Hidup Dapat Lebih 2 Markah Berbanding Satu Malam Di Temasek” – Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 11 Sep 2022

Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Haa dah kenapa pulak ni sindir-sindir?

Featured Sun, 21 Jun 2026

Tak Timbul Isu Perbandingan, Ammar Haikal Harap Azeva Rebut Gelaran Juara – “Dia Ada Full Pakej & Orang Suka Karakter Dia”

Ammar Haikal mengakui sentiasa memberikan sokongan penuh kepada kakaknya, Azeva yang kini semakin mencuri perhatian  menerusi program nyanyian realiti popular. 

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi!

Featured Thu, 22 Dec 2022

“Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Amboiiii, sedap mulut ek cakap Puteri Sarah nak harta suami 😵‍💫 She wanita bekerjaya okayyy 🤩🤩

Featured Mon, 15 May 2023
Featured Sat, 2 Apr 2022

“Saya Ingat Akan Kena Kecam Tapi…” – Bawa Watak ‘G*y’, Gambit Akui Ia Berkesan Dan Diterima Penonton

Tu lah semua positif je dan ada yang tak sabar nak tunggu eh drama macam ni lagi…

error: Content is protected !!