Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2026 @ 4:12pm

Tak Timbul Isu Perbandingan, Ammar Haikal Harap Azeva Rebut Gelaran Juara – “Dia Ada Full Pakej & Orang Suka Karakter Dia”

Penyanyi Ammar Haikal mengakui sentiasa memberikan sokongan penuh kepada kakaknya, Azeva yang kini semakin mencuri perhatian  menerusi program nyanyian realiti popular.

Kata Ammar atau nama lengkapnya, Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, dia berharap Azeva mampu melangkah lebih jauh dan membawa pulang gelaran juara dalam pertandingan tersebut.

Menurutnya, dia tidak pernah berasa tercabar atau melihat kejayaan kakaknya itu sebagai satu bentuk persaingan, sebaliknya berbangga melihat Azeva semakin diterima dan dikenali ramai.

“Harapan untuk kakak saya, saya memang harap yang dia boleh bawa balik gelaran juara tu.

“Walaupun saya tahun lepas dapat nombor empat, dan saya memang nak tengok kakak saya lebih lagi daripada saya.

“Saya nak dia jadi juara. Itu memang harapan saya dan famili,” katanya.

Ammar berkata demikian usai majlis pelancaran muzik video single pertamanya yang berjudul, Gila Bayang yang diadakan di XO House, baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai perbandingan pula, Amamr berkata, dia tidak menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya menyifatkan setiap individu itu mempunyai kelebihan masing-masing.

“Bagi saya, perbandingan di antara kakak saya dengan saya tu, saya tak ambil sebagai negatif pun. Saya macam more to proud sebab kakak saya pun dah jadi
seorang artis.

“Saya rasa macam banding-banding tu saya pun iyalah dia perempuan, saya lelaki. So saya rasa memang kakak saya dia ada full package, ada
rupa, ada suara, dia ada karakter dia sendiri, orang suka dia dengan karakter dia.

“So saya rasa perbandingan tu saya tak ambil sebagai persaingan pun. Saya more to support dia lagi. Sekarang pula nama dia betul-betul tengah naik, so
saya sebagai famili saya sokong lah. Saya tak ambil benda tu sebagai persaingan sebenarnya,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Trending Mon, 6 Jul 2020
Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
error: Content is protected !!