Acara By: Ad Ops August 22, 2019 @ 3:56pm

ABPBH32: Saingan sengit bagi kategori Pelakon Filem Lelaki & Wanita Popular

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 yang berlangsung pada 7 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya menyaksikan aktor Zul Ariffin dan aktres Emma Maembong dinobatkan sebagai pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki & Wanita Popular ABPBH 31.

Bahang kehangatan pastinya dirasai bagi edisi tahun ini lebih-lebih lagi setelah pengumuman Top 5 ABPBH 32 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki & Wanita Popular diumumkan pada 16 Ogos lalu.

Yang mana satu idaman kalbu? Lagu popular nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma dalam filem Labu Labi mula terngiang saat melihat senarai Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Fattah Amin, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Zul Ariffin merupakan nama yang tersenarai bagi bersaing merebut trofi Pelakon Filem Lelaki Popular. Kelima-lima mereka bukan calang-calang aktor. Kesemuanya hebat dan mempunyai peminat tersendiri.

Fattah Amin

pelakon filem lelaki popular abpbh 32

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Populariti Fattah Amin tidak perlu dipertikaikan lagi. Aktor yang pernah membintangi pelbagai drama popular seperti Playboy Itu Suami Aku, Suri Hati Mr Pilot, Hero Seorang Cinderella dan My Coffee Prince ini pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 30.

Pemenang Hero Remaja 2011/2012 ini juga pernah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pasangan Serasi Drama pada ABPBH 31. Bagi pencalonan ini, Fattah Amin mempertaruhkan lakonannya sebagai Inspektor Zul dalam filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof.

Zizan Razak

pelakon filem lelaki popular abpbh 32

Foto: NSTP/ Zulfadhli Zulkifli

Memulakan karier seninya sebagai pelawak, pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak terus melebarkan sayapnya dalam bidang seni sebagai seorang artis versatil. Selain menceburkan diri dalam bidang lakonan, jejaka kelahiran Terengganu itu turut mempertaruhkan bakatnya dalam bidang pengacaraan dan nyanyian.

Pelakon filem KL Gangster, Abang Long Fadil, Mael Lambong, Hantu Bonceng dan Polis EVO ini pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2010, 2012, 2016 dan 2017 serta Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH 2011.

Syafiq Kyle

pelakon filem lelaki popular abpbh 32

Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

Nama Syafiq Kyle mula meniti di bibir peminat menerusi lakonannya sebagai Ustaz Adam dalam drama bersiri popular, Nur. Penangan drama Nur melonjakkan namanya sehingga memenangi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2018 dan Aktor Pilihan di Anugerah Festival Kuala Lumpur ke-6.

Zul Ariffin

pelakon filem lelaki popular abpbh 32

Foto: NSTP/Rohanis Shukri

Aktor berbadan ‘sado’ ini mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi drama Awan Dania. Nama Zul Ariffin mula mendapat perhatian setelah membintangi drama Rindu Awak 200%. Antara filem yang pernah dibintangi jejaka berusia 33 tahun ini ialah Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Balistik, Penanggal, J Revolusi dan terbaru Sangkar.

Zul pernah memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal. Selain itu, dia turut berjaya merangkul gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular di ABPBH 30 dan ABPBH 31 menerusi filem J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

Remy Ishak & Mira Filzah

pelakon filem lelaki dan wanita popular abpbh 32

Foto: NSTP/Rohanis Shukri

Nama kedua-dua pelakon ini cukup popular dan berada di kelas tersendiri. Gandingan dua bakat besar menerusi drama rantaian, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan ini terbukti mencipta fenomena dan tuah kepada bintang utamanya.

Nama Remy di pentas layar perak boleh dikatakan cukup gah dan antara filem lakonannya ialah Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Cun!, Nur Kasih The Movie, Jiwa Taiko, Pulang dan Sangkar.

Sepanjang kerjaya seninya, Remy telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

Antara gelaran yang berjaya dirangkulnya ialah Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH 23) dan Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH 24).

Sementara itu, penampilan Mira di kaca televisyen cukup mendapat perhatian peminat seni tempatan. Selain menceburi dunia lakonan, Mira turut popular sebagai pengacara. Mira mula melangkah ke layar perak menerusi filem Rise: Ini Kalilah dan terbaharu, Sangkar.

Pelakon yang mendominasi pencalonan ABPBH 32 itu pernah memenangi beberapa trofi antaranya Artis Baharu Wanita Popular di ABPBH 29 dan Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.

Hannah Delisha

pelakon filem wanita popular abpbh 32

Foto: NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria

Gadis cantik kelahiran Singapura ini mula memasuki arena seni pada tahun 2013 sebagai penyanyi. Bakatnya mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle. Pada usia 23 tahun, pelakon filem Langsuir ini sudah memenangi beberapa anugerah antaranya Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura ke-14 dan ke-16 serta Artis Paling Popular – Singapura di Anugerah Planet Muzik ke-16.

Uqasha Senrose

pelakon filem wanita popular abpbh 32

Foto: NSTP/Salhani Ibrahim

Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem Lukisan Hati.  Namanya mula dikenali menerusi filem Paku Pontianak pada 2013 serta drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu.

Filem lain yang pernah dibintangi Uqasha ialah Bencinta dan Hantu Kak Limah 3. Ini merupakan pencalonan kedua Uqasha dalam ABPBH di mana kali pertama gadis berusia 27 tahun itu dicalonkan bagi kategori Artis Trending Popular ABPBH 28.

Delimawati

pelakon filem wanita popular abpbh 32

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Menceburi dunia lakonan pada 1987, nama Delimawati mula dikenali menerusi telefilem, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada tahun 1998. Fenomena filem Hantu Kak Limah mengangkat populariti pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini sehingga pernah disenaraikan oleh Harian Metro sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman. Ternyata impak watak Kak Limah yang dibawanya sangat kuat sehingga namanya diterima oleh pelbagai lapisan umur.

Erra Fazira

pelakon filem wanita popular abpbh 32

Foto: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam.

Kecantikan yang dimiliki bekas ratu cantik Malaysia ini membuatkan ramai penerbit mengintai Erra untuk membintangi drama dan filem tempatan. Diberi jolokan primadona filem tanah air, Erra telah membintangi lebih daripada 30 buah filem antaranya Sembilu, Maria Mariana, Hingga Hujung Nyawa, Cinta Kolestrol, Castello, Gerak Khas dan Polis EVO.

Sepanjang karier seninya, Erra sudah merangkul gelaran Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH sebanyak tujuh kali iaitu pada tahun 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004. Erra juga pernah memenangi Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia pada 2001 dan 2005. Selain itu, penyanyi, pengacara, peragawati dan penerbit ini pernah dinobatkan sebagai Aktres Pilihan dan Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1995 dan 2001 menerusi filem Sembilu 2 dan Soal Hati.

Jika anda mahu artis kesayangan anda menang kategori ini, jangan lupa untuk mengundi di laman sesawang ABPBH 32. Undian boleh dilakukan sehingga 15 September 2019. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki & Wanita Popular ABPBH 32, jangan lupa saksikan malam kemuncak ABPBH 32 yang bakal berlangsung pada 22 September 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru, […]

Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

familuv Fri, 3 Apr 2020
Featured Fri, 11 Jun 2021

Dapat Result 5A Untuk SPM 2020? Fuhhh…. PU Riz Nak Bagi Hadiah RM300

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Haris, 26, mengajak mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar […]

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Featured Tue, 30 Nov 2021

Berjaya Tewaskan Robert Lewandowski, Messi Menang Trofi Ballon d’Or Buat Kali Ketujuh

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dianugerahkan trofi Ballon d’Or berprestij buat kali ketujuh dalam satu majlis di Theatre du Chatelet, Paris pada Isnin. View this post on Instagram A post shared by Leo Messi (@leomessi) […]

| Live TV